Kes cacar monyet di AS cecah lebih 10,000

August 11, 2022 · Dunia

Kes cacar monyet yang disahkan di Amerika Syarikat (AS) telah melebihi paras 10,000, mencecah 10,392 kes sehingga Rabu, menurut data terbaharu yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), agensi kesihatan awam kebangsaan negara itu.

Data CDC menunjukkan 1,391 kes cacar monyet yang disahkan telah dilaporkan pada Rabu, kali pertama CDC melaporkan lebih 1,000 jangkitan cacar monyet dalam satu hari sejak yang pertama dilaporkan pada 17 Mei.

Kes yang disahkan di negara itu masih menyumbang hampir 30 peratus daripada jumlah global sebanyak 31,800 kes setakat ini – walaupun penduduk negara itu hanya di bawah lima peratus daripada populasi dunia.

Pentadbiran Joe Biden pada Khamis lalu mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam, lebih seminggu selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meletakkan wabak itu sebagai kecemasan global.

Pengkritik berkata pihak berkuasa AS bertindak terlalu perlahan dan tidak memenuhi permintaan untuk vaksin kerana bilangan kes terus meningkat.

Senator California Scott Wiener berkata kerajaan persekutuan boleh menyimpan stok vaksin Jynneos, vaksin cacar yang terbukti berkesan untuk cacar monyet.

Lebih daripada 1,800 kes cacar monyet telah dilaporkan di California setakat Rabu, menurut data Times serta Jabatan Kesihatan Awam negeri.

Doktor bimbang bahawa peningkatan penyebaran boleh mengakibatkan virus menjadi endemik dalam populasi haiwan liar, sekali gus bermakna hampir mustahil untuk dihapuskan sebagai penyakit baharu yang membimbangkan di AS.

“Apabila anda melihat pada kadar kenaikan, anda dapat melihat bahawa ia benar-benar menghampiri keluk eksponen. Dan malangnya, ia akan menjadi lebih sukar untuk mengawal … semakin tinggi angka ini,” kata Dr. Peter Chin-Hong, pakar penyakit berjangkit di UC San Francisco. – Agensi

Berita berkaitan
Calon, petugas ada gejaka influenza perlu pakai pelitup muka
August 3, 2023· Politik
Ringgit jatuh lagi, menghampiri RM4.60 berbanding dolar
May 24, 2023· Isu semasa
Ringgit terus menyusut menghampiri RM4.50 berbanding dolar
May 15, 2023· Isu semasa
Ringgit susut lagi hari ini
April 18, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
2 jam lalu
[VIDEO] Sanusi tolak jadi calon naib presiden PAS, selesa jadi AJK
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok