Kes baharu di Indonesia semalam tertinggi di dunia

July 17, 2021 · Dunia

Republik Indonesia yang melaporkan 54,517 kes baharu pada Jumaat, diletakkan sebagai negara pertama mencatat jumlah jangkitan harian tertinggi di dunia berdasarkan laporan di dalam lama sesawang https://www.worldometers.info/coronavirus/.

Lebih 100 negara melaporkan kes jangkitan Covid-19 negara masing-masing kepada laman sesawang itu yang menjadi rujukan utama dan dipercayai oleh pelbagai pihak.

Menurut laman sesawang itu, kedudukan di bawah Indonesia adalah Britain yang melaporkan tertinggi harian sebanyak 51,870 individu, diikuti Brazil dan Amerika Syarikat.

Indonesia juga berada pada kedudukan kedua selepas Brazil dari segi kematian. Pada Jumaat, Pasukan Khas Petugas Covid-19 Indonesia melaporkan 1,205 kematian yang dikaitkan dengan Covid-19.

Berdasarkan tahap pemulihan, Indonesia berada di senarai ketiga setelah India dan Brazil. Pada Jumaat, Indonesia mencatatkan 28,079 orang telah sembuh daripada Covid-19.

Negara keempat di dunia paling padat dengan kira-kira 270 juta penduduk itu melaporkan peningkatan kes dari sehari ke sehari sejak kebelakangan ini, lebih teruk daripada di India, sekali gus menjadikannya sebagai pusat pandemik di Asia.

Pakar kesihatan dan epidemiologi memberi amaran sistem kesihatan di negara itu akan berdepan malapetaka, jika jangkitan Covid-19 terus melonjak.

Sesetengah daripada mereka bimbang keadaan bertambah buruk berdasarkan angka yang ditunjukkan di mana tidak ramai rakyat negara itu yang menjalani ujian saringan.

Pemerintah republik itu telah melaksanakan perintah Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat (PPKM Darurat) atau ‘lockdown’ di Pulau Jawa dan Bali, bermula 3 Julai hingga 20 Julai ini, sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

Antara peraturan PPKM Darurat adalah penutupan pusat-pusat beli-belah, penerapan 100 peratus bekerja dari rumah bagi sektor non essential, penutupan rumah-rumah ibadat, pembelajaran dari rumah sepenuhnya, larangan makan di restauran, kedai makan atau warung (dine in) dan tempat-tempat atau pusat pelancongan dan reakrasi ditutup. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok