Kes baharu Covid-19 di Victoria cecah rekod pandemik

October 14, 2021 · Dunia

Jangkitan Covid-19 di negeri Victoria, Australia, mencecah rekod pandemik pada Khamis, tatkala Melbourne, ibu negerinya, menuju ke arah penamatan perintah sekatan dan penutupan penuh minggu depan.

Peningkatan kes baharu itu juga menyusul ketika Victoria menghampiri sasaran 70 peratus populasi dewasa melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19, bagi membolehkan negeri itu menamatkan sekatan dan penutupan sejak beberapa bulan lalu.

Victoria mencatatkan 2,297 kes baharu pada Khamis, angka tertinggi pernah direkodkan mana-mana negeri atau wilayah di Australia sejak pandemik Covid-19 bermula.

Sebelas kematian baharu turut dilaporkan pada Khamis.

Kebanyakan jangkitan baharu itu dikesan di Melbourne, dengan bandar raya itu kini menjadi pusat penularan varian Delta.

Sydney, di New South Wales (NSW), bandar dengan populasi terpadat di negara itu, merekodkan penurunan kes baharu. Jangkitan harian di NSW turun kepada 406 kes pada Khamis, majoriti dikesan di Sydney.

Sydney akan menikmati lebih banyak kelonggaran mulai Isnin apabila sasaran vaksinasi populasi berusia 16 tahun ke atas mencapai 80 peratus hujung minggu ini, setelah hampir tiga bulan diletakkan dalam sekatan dan penutupan penuh.

Namun, ketika Sydney dan Melbourne bersedia hidup bersama virus dan membatalkan sekatan serta penutupan, beberapa negeri bebas virus yang berjiran menangguhkan pembukaan sempadan masing-masing, walaupun kadar vaksinasi tinggi.

Pegawai kesihatan di negeri berkenaan bimbang jangkitan akan melonjak semula di Australia apabila NSW dan Victoria menarik balik sekatan dan penutupan. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Suspek bunuh 4 lelaki Islam ditahan
August 10, 2022
Al-Qassam atur kedudukan, Israel hantar tentera ke sempadan Gaza
May 14, 2021
Lapan maut, 6 hilang hujan lebat di kota metropolitan Korea Selatan
August 9, 2022
Lagi Dunia terkini
Suspek bunuh 4 lelaki Islam ditahan
15 jam lalu · Dunia
Banyak penempatan di Jakarta diisytihar zon merah Covid-19
17 jam lalu · Dunia
Lapan maut, 6 hilang hujan lebat di kota metropolitan Korea Selatan
August 9, 2022 · Dunia
Menteri Luar beri amaran China mungkin ceroboh Taiwan
August 9, 2022 · Dunia
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
August 9, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
8 jam lalu
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok