Kes baharu Covid-19 di Thailand lepasi 600 ribu kes, sekatan dilanjutkan

August 1, 2021 · Dunia

Krisis Covid-19 di Thailand semakin parah, ia selepas kes harian baharu meningkat 18,027 lagi dalam tempoh 24 jam dan jumlah keseluruhan kes kini sudah mencecah 615,314, menurut laporan Bernama.

Sementara itu, 133 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan korban 4,990 setakat ini.

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) memaklumkan kes jangkitan baharu itu termasuk 2,514 melalui pengesanan kes aktif dan dua kes import – masing-masing satu kes membabitkan warga Australia dan Britain yang masuk ke negara ini di bawah inisiatif ‘Phuket Sandbox’.

Menurut CCSA, korban terbaru itu melibatkan 78 lelaki dan 55 wanita termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang menghidap limfoma dan masing-masing dua warga China dan Myanmar.

Bangkok, terus mendahului senarai dengan 2,899 kes baharu dan 61 kematian.

Memandangkan peningkatan kes kematian COVID-19, Hospital Universiti Thammasat di Bangkok mula menggunakan dua kontena khas untuk menyimpan mayat, memetik Reuters.

Sejak wabak melanda bilik mayat hospital itu menguruskan lebih 10 mayat setiap hari.

Sementara itu, Thailand akan melanjutkan sekatan di Bangkok dan beberapa wilayah lain yang berisiko untuk tempoh dua minggu lagi.

Penolong jurucakap CCSA Dr Apisamai Srirangsan berkata sekatan itu termasuk perintah berkurung dari 9 malam hingga 4 pagi. Sebelum ini perintah berkurang dikenakan ke atas 13 wilayah kini ia akan diperluas kepada 29 wilayah bermula 3 hingga 18 Ogos.

Beliau berkata perhimpunan melebihi lima orang tidak dibenarkan di 29 wilayah itu.

Semua pusat beli-belah, tempat urut, salun kecantikan dan tempat sukan akan ditutup manakala pasar raya dan farmasi dibuka sehingga 8 malam, sementara restoran hanya menerima pesanan untuk bawa pulang.

“Sekatan itu akan disemak semula setiap dua minggu. Namun, kemungkinan besar ia akan dilanjutkan lagi hingga akhir bulan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dr Apisamai berkata strategi ‘gelembung dan tutup’ di tapak pembinaan, kem pekerja dan kilang akan diperketatkan lagi.

Thailand melaksanakan strategi itu pada bulan lalu bagi mengekang penularan Covid-19 di tapak pembinaan dan kilang, namun, pihak berkuasa kesihatan mendapati lebih banyak kluster muncul kerana ramai pekerja menyelinap keluar.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Indonesia lulus Sinovac untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun
November 1, 2021
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok