Kes baharu Covid-19 di India meningkat mendadak

January 2, 2022 · Dunia

Jumlah kes Covid-19 India meningkat kepada 34,889,132 pada Ahad, apabila 27,553 kes baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu, memetik data terkini kementerian kesihatan negara itu.

Selain itu, 284 kematian akibat pandemik yang dilaporkan sejak pagi Sabtu menambah kepada jumlah kematian yang angkanya kini 481,770, menurut Xinhua yang dilaporkan Bernama.

Masih terdapat 122,801 kes aktif Covid-19 di negara itu, berikutan peningkatan sebanyak 18,020 kes aktif dalam tempoh 24 jam yang lalu, iaitu hari kelima berturut-turut jumlah kes aktif meningkat di negara ini.

Sebanyak 34,284,561 orang telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital setakat ini, dengan 9,249 orang daripadanya dibenarkan keluar dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Sementara itu, data juga menunjukkan jumlah kes Omicron di negara itu mencecah 1,525, dengan Maharashtra dan Delhi masing-masing melaporkan 460 dan 351 kes. Sehingga kini, 560 pesakit Omicron telah pulih dan dibenarkan pulang ke rumah.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Popular
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023
Angka terbaharu korban gempa berkembar Turkiye, Syria lepasi 7,800
February 8, 2023
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023 · Dunia
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
15 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok