Kes baharu Covid-19 di Britain meningkat kepada 162,572 hari ini

January 2, 2022 · Dunia

Kes baharu jangkitan Covid-19 di Britain meningkat lagi, sebanyak 162,572 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam dan menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di negara itu kini sebanyak 13,100,458.

Dalam pada itu, 154 lagi kematian berkaitan Covid-19 direkod Britain dengan menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 148,778.

Sementara itu 11,918 pesakit Covid-19 masih lagi dirawat di hospital.

Data semalam tidak termasuk Scotland, Wales dan Ireland Utara disebabkan perbezaan dalam jadual pelaporan pada hujung minggu berikutan Tahun Baharu.

Setiausaha Kesihatan Britain, Sajid Javid berkata sekatan selanjutnya mesti menjadi ‘pilihan terakhir’ dan Britain kini perlu ‘hidup bersama’ virus itu pada 2022.

Setiausaha kesihatan itu, yang menulis dalam Daily Mail, berkata England ‘menyambut 2022 dengan kurang sekatan di Eropah’.

“Sekatan terhadap kebebasan kita mesti menjadi pilihan terakhir yang mutlak dan rakyat Britain sememangnya mengharapkan kita melakukan segala-galanya untuk mengelak ia berlaku.

“Jadi saya bertekad bahawa kita mesti memberi diri kita peluang terbaik untuk hidup bersama virus dan mengelakkan mengenakan langkah ketat pada masa depan,” katanya.

Javid menambah bahawa ia tidak dapat dielakkan dan pesakit Covid-19 akan meningkat sepanjang bulan depan serta turut memberi amaran bahawa wabak itu ‘masih jauh untuk berakhir’.

Beliau juga memberi amaran bahawa gelombang jangkitan Omicron akan memecahkan rekod serta bakal ‘menguji’ Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) pada musim sejuk ini.

Lebih daripada 90 peratus individu berusia 12 tahun dan ke atas di Britain sudah mendapat dos pertama vaksin mereka dan lebih daripada 82 peratus menerima kedua-dua dos, menurut angka terkini.

Lebih daripada 59 peratus sudah menerima suntikan penggalak, atau dos ketiga vaksin.

Untuk memulihkan kehidupan normal, negara seperti Britain, China, Jerman, Russia dan Amerika Syarikat (AS) berlumba dengan masa untuk memastikan vaksin diberi segera kepada rakyatnya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Dolar AS menjulang ke paras tertinggi dua dekad, OPR naik
September 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok