Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng

March 25, 2023 · Dunia

Hakim Amerika Syarikat memerintahkan bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Roger Ng dilucut hak berjumlah AS$35.1 juta (RM155.4 juta), selepas menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kerana membantu mencuri berbilion dolar daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Malaysia.

Serentak itu, Hakim Daerah Brooklyn, Margo Brodie menolak hujah Ng bahawa dia tidak memiliki wang lagi selepas puluhan juta dolar hasil daripada jenayahnya dirampas dan diserahkan kepada Malaysia.

Peguam Ng, Marc Agnifilo juga berkata anak guamnya, warganegara Malaysia dan bekas ketua perbankan pelaburan Goldman di Malaysia, telah kehabisan sebahagian besar asetnya.

Brodie, bagaimanapun berkata, pelucutan hak sebanyak AS$35.1 juta itu tidak berlebihan mengikut perlembagaan.

Hakim juga berkata walaupun Ng kurang bersalah berbanding orang lain, “dia memainkan peranan dalam salah satu jenayah kewangan terbesar sepanjang zaman,” satu skim yang menyebabkan “kemudaratan tidak ketara kepada keyakinan orang ramai terhadap demokrasi dan kerajaan.”

Pada 11 Mac lalu, Brodie menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap Ng, 11 bulan selepas juri mendapati dia bersalah kerana membantu bekas bosnya Tim Leissner menggelapkan wang daripada 1MDB, mencuci hasil, dan menyogok pegawai kerajaan untuk memenangi perniagaan.

Ahli perniagaan Malaysia dalam buruan dan disyaki dalang skim itu, Jho Low turut didakwa tetapi masih bebas.

Goldman membuat keputusan dengan pihak berkuasa pada Oktober 2020, bersetuju membayar AS$2.9 bilion dan meminta unit Malaysianya mengaku bersalah atas pertuduhan rasuah.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas disabitkan di mahkamah kerana menerima AS$10 juta daripada bekas unit 1MDB. Najib secara konsisten menafikan salah laku.

Berita berkaitan
Permohonan Najib untuk hadir prosiding Mareva ditolak mahkamah
November 24, 2023· Politik
Kertas siasatan libatkan penipuan pelaburan ‘Datuk Wira’ dibuka
November 9, 2023· Isu semasa
Perbicaraan dana 1MDB: Tiga pertuduhan dihadapi Najib dibenarkan pindaan
November 6, 2023· Isu semasa
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Popular
Ahli arkeologi Mesir temukan kota kuno terbesar zaman Firaun
April 10, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
7 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok