Kereta Ford Escort mendiang Puteri Diana dilelong £650,000

August 28, 2022 · Dunia

Sebuah kereta yang digunakan oleh mendiang Princess of Wales, Puteri Diana, telah dijual pada harga £650,000 (AS$762,600) pada satu acara lelongan di Silverstone, pada Sabtu.

Puteri Diana, yang meninggal dunia hampir 25 tahun lalu, memandu Ford Escort RS Turbo Siri 1 berwarna hitam selama hampir tiga tahun dari Ogos 1985 hingga 1988.

Dia bergambar dengan kereta di luar kedai butik Chelsea dan di Kensington.

Kereta itu, dengan nombor pendaftaran C462FHK, akhirnya dijual oleh Silverstone Auctions di Warwickshire kepada pembeli di Cheshire.

Firma lelong yang berpangkalan di Leamington Spa memberitahu orang ramai pada jualan itu bahawa ia adalah “kereta hari ini”.

Jurulelong Jonathan Humbert berkata terdapat minat yang besar terhadap kenderaan itu, yang telah menerima bilangan bidaan telefon terbesar firma itu dalam tempoh 12 tahun.

Bidaan bermula pada £100,000 dan tidak lama kemudian menjadi pertandingan antara pembeli yang berharap di Dubai dan Coventry.

Kereta itu mencatatkan jarak pemanduan sejauh 24,961 batu sahaja.

Ia merupakan satu-satunya kereta hitam seumpamanya berikutan perjanjian antara Ford dan pasukan keselamatan Diana untuk memastikan ia tidak mucah dicam.

Kereta dengan siri ini kebanyakannya berwarna putih.

Ciri-ciri lain termasuk cermin pandang belakang sekunder untuk digunakan pasukan keselamatan, dan radio dalam di dalam bekas tempat letak barang.

Pada Jun tahun lalu, sebuah lagi Ford Escort milik puteri Diana berjaya dilelong pada harga £52,000 (US$61,000). – Agensi

Berita berkaitan
Kereta Jaguar tidak guna dana Yayasan Aman, kata Setpol Anwar
July 14, 2023· Politik
Rasuah: SPRM minta rakaman CCTV pergerakan dua kereta menteri DAP
April 18, 2023· Isu semasa
Tiga pengeluar tanggung SST kereta tak sempat diserah 31 Mac: Laporan
March 25, 2023· Isu semasa
Bintang badminton Indonesia maut nahas jalan raya
March 21, 2023· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
15 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok