Kerajaan China kenakan perintah berkurung kepada penduduk bandar Wuhan

July 28, 2022 · Dunia

Kerajaan China mengambil langkah mengenakan perintah berkurung kepada penduduk di pinggir bandar Wuhan, lokasi asal sebelum ini berlaku penularan Covid-19.

Menurut laporan, hampir sejuta lebih penduduk Wuhan dilarang keluar daripada rumah masing-masing selama tiga hari selepas empat kes Covid-19 tanpa gejala dikesan.

Untuk rekod, Wuhan di wilayah Hubei, China menjadi bandar pertama menyaksikan kemunculan virus Covid-19 pada Disember 2019.

Di Wuhan, ujian saringan dilaksanakan menemukan dua kes tanpa gejala dua hari lalu.

Dua lagi kes dikesan menerusi pengesanan kontak dan tidak lama selepas itu perintah berkurung dilaksanakan.

Semua pengangkutan awam termasuk bas dan perkhidmatan kereta api bawah tanah, digantung.

Penduduk juga digesa untuk tidak meninggalkan daerah itu melainkan terdapat keperluan penting.

Pihak berkuasa juga mengenal pasti empat kawasan kejiranan yang berisiko tinggi dan penduduk dilarang daripada meninggalkan rumah mereka.

China melaksanakan strategi `sifar Covid-19′ termasuk ujian saringan besar-besaran, peraturan kuarantin ketat dan perintah berkurung tempatan.

Langkah itu membawa kepada kes kematian yang jauh lebih rendah berbanding negara lain.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Ujian Covid-19 ketika ketibaan di Thailand dimansuh bermula 1 Mei
April 22, 2022
Penulis ‘The Satanic Verses’ buta sebelah mata, saraf tangan putus
October 24, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok