Kemuncak gelombang kedua Covid-19 sudah lepas, kata Menteri Kesihatan

August 2, 2021 · Dunia

Kemuncak gelombang kedua Covid-19 di Indonesia – yang menyaksikan negara Asia Tenggara itu menjadi pusat wabak Covid-19 di Asia – telah lepas, kata Menteri Kesihatan Republik Indonesia, Budi Gunadi Sadikin, hari ini.

Didorong oleh penularan varian Delta yang sangat mudah menjangkiti, Indonesia sejak sebulan lalu menghadapi lonjakan terburuk Covid-19 yang menjejaskan sistem kesihatan hospital dan menyaksikan peningkatan kes kematian ke tahap yang tinggi.

“Kita sudah dapat melihat bahwa kemuncaknya sudah melangkau terutama di daerah-daerah di Jawa. Keadaan semakin pulih,” kata pada sidang berita dalam talian, merujuk kepada Pulau Jawa yang paling padat penduduk di Indonesia.

Penularan varian Delta, yang pertama kali dikenal pasti di India, menyaksikan jangkitan Covid-19 Indonesia mencapai tahap tertinggi. Negara ini melaporkan 56,757 kes pada 15 Julai, dan 2,069 kematian pada 27 Julai.

Tetapi sementara jumlah kes harian mulai menurun, rata-rata 33,800 kes sehari minggu lalu, kadar positif tetap tinggi dan ada kebimbangan bahawa varian Delta masih dapat menular di wilayah luar Jawa, terutama di daerah terpencil dengan kemudahan kesihatan yang tidak lengkap.

Budi berkata kerajaan perlu belajar daripada pengalaman dan bertindak pantas bagi memastikan penularan virus Covid-19 di luar Pulau Jawa dikawal.

Sehingga kini Indonesia merekodkan lebih 3.4 juta kes Covid-19 dengan 95,000 kematian, walaupun pakar kesihatan mendakwa jumlah itu lebih tinggi berbanding angka rasmi yang dikeluarkan kerajaan.

Katanya, kebanyakan individu yang meninggal dunia itu tidak menerima suntikan vaksin Covid-19.

Indonesia melancarkan program vaksinasi nasionalnya pada Januari, tetapi sasaran yang hendak dicapai gagal kerana masalah logistik, bekalan dan keraguan terhadap keberkesanan vaksin. Pada hari Isnin, kurang dari 10 peratus daripada lebih 270 juta populasinya telah divaksin. – Reuters

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok