Kematian tertinggi dalam sehari di India hari ini – 3,689 kes

May 2, 2021 · Dunia

India hari ini mencatatkan jumlah kematian tertinggi dalam sejarah penularan Covid-19 dalam tempoh 24 jam sahaja dengan 3,689 kes dilaporkan.

Ahad adalah hari keempat berturut turut negara itu mencatatkan lebih 3,000 kematian dalam tempoh 24 jam, tatkala gelombang kedua tsunami berterusan mencatat rekod penularan dan jangkitan.

Keseluruhannya lebih 215,542 pesakit Covid-19 di India maut sejak wabak itu menular Mac tahun lalu.

Jangkitan baharu Covid-19 di negara itu terus mencatat peningkatan dengan 392,488 kes menjadikan keseluruhan yang dijangkiti ialah 19.5 juta orang. India menjadi negara pertama yang mencatatkan lebih 400,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Masalah kekurangan oksigen perubatan menjadi cabaran paling serius di hospital seluruh India.

Sebanyak 34 pesakit Covid-19 dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di New Delhi, Andhra Pradesh dan Haryana kerana kekurangan bekalan oksigen.

Kebimbangan meningkat berikutan penularan di luar bandar yang mendadak di mana kemudahan kesihatan adalah terhad.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Popular
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok