Kematian pesakit Covid-19 tak divaksin 3 kali ganda lebih tinggi

August 5, 2021 · Dunia

Kadar kematian akibat Covid-19 di kalangan penduduk Jakarta, Indonesia yang tidak menerima suntikan vaksin adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada individu yang divaksin, kata data terbaharu diterbitkan Kementerian Kesihatan Republik Indonesia (KKRI).

Daripada 68,000 pesakit di Jakarta dari Mei hingga Julai lalu, hanya 4.1 peratus daripada jumlah kematian melibatkan individu yang sudah divaksin sama ada menerima dua dos suntikan Sinovac atau AstraZeneca, sementara 15.5 peratus adalah dalam kalangan mereka yang tidak divaksin.

Indonesia sejak beberapa bulan lalu berdepan lonjakan kes harian terburuk, dan pada Rabu 4 Ogos 2021 jumlah kematian di negara itu melepasi 100,636 kes, sekali gus meletakkan republik itu sebaris dengan 11 lagi negara di dunia yang merekodkan lebih 100,000 kematian akibat Covid-19.

Namun ia sudah dijangkakan kerana Indonesia adalah negara keempat di dunia paling ramai penduduk, selain program suntikan pelalian vaksin Covid-19 juga perlahan, serta kelewatan melaksanakan ‘lockdown’ penuh bagi mengekang penularan wabak itu.

Kebiasaannya data berkaitan kematian pesakit yang sudah divaksin dengan tidak divaksin sukar diperoleh, namun ahli biologi molekul Dr Ines Atmosukarto berkata data itu adalah bukti pentingnya vaksinasi pada masa depan.

“Ini menyokong anggapan bahawa dua dos vaksin mengurangkan kemungkinan kematian bagi mereka yang dijangkiti dan memerlukan rawatan di hospital,” katanya, sambil menambahkan bahawa data tersebut tidak mempunyai perincian mengenai usia, komorbiditi dan jangka waktu pemantauan ke atas pesakit.

Secara berasingan, data dari bandar Bayuwangi di Jawa menunjukkan 93 peratus pesakit Covid-19 yang meninggal dunia dari Mac hingga Julai lalu adalah dalam kalangan mereka yang tidak divaksin, sementara 6 peratus membabitkan mereka yang menerima dos pertama dan 1 peratus yang melengkapkan dos kedua.

Sinovac dan AstraZeneca adalah vaksin yang diberikan kepada orang ramai di kawasan itu.

Jurucakap Program Vaksinasi Covid-19 KKRI, Dr Siti Nadia Tarmizi berkata data yang diterbitkan itu mampu menyanggah keraguan terhadap vaksin di Indonesia.

Menurut data itu, sehingga kini 18 peratus daripada lebih 270 juta populasi di Indonesia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, sementara 8 peratus lagi melengkapkan dua dos.

Sebagai perbandingan, di India 27.7 peratus daripada 1.39 bilion populasinya menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, manakala 7.8 peratus lagi melengkapkan dos kedua masing-masing. India merekodkan 425,700 kematian akibat Covid-19.

Bergelut dengan penularan meluas varian Delta yang mudah berjangkit, Indonesia kini menjadi pusat penularan Covid-19 di Asia dengan merekodkan lebih 3.5 juta kes sejak awal tahun lalu.

Namun, kes baharu mulai menurun di Jakarta dan di sesetengah kawasan di Jawa. KKRI memaklumkan kemuncak gelombang kedua sudah dilewati, namun tetap ada kebimbangan kerana varian Delta masih menular. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok