Kematian pertama di Thailand akibat varian Omicron

January 17, 2022 · Dunia

Pejabat kesihatan di wilayah selatan Songkhla berkata, seorang wanita berusia 86 tahun dari Hatyai, Songkhla yang telah menerima dua dos suntikan vaksin Pfizer-BioNTech meninggal dunia akibat jangkitan Omicron pada 12 Januari, menurut laporan Bernama.

Pesakit Alzeheimer yang terlantar itu dipercayai dijangkiti varian Omicron melalui cucu, katanya.

Analisis tambahan di makmal menunjukkan wanita itu diuji positif bagi varian Omicron.

Kes pertama membabitkan varian Omicron dikesan bulan lalu dan negara gajah putih itu merekodkan lebih 10,000 kes Omicron sehingga kini.

Sebanyak 8,077 kes baharu COVID-19 dan sembilan kematian direkodkan sejak 24 jam lalu, pertama kali angka kematian harian menurun kepada satu angka.

Thailand merekodkan 2,324,485 kes jangkitan dan 21,925 kematian setakat ini.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok