Kematian akibat gempa di Turkiye, Syria melepasi 1,500, ribuan cedera

February 6, 2023 · Dunia

Angka kematian akibat gempa bumi kuat di Turkiye dan Syria hari ini terus meningkat dengan laporan terbaharu menyatakan lebih 1,500 orang terbunuh, manakala 5,400 lagi cedera.

Angka rasmi dari Turkiye mengatakan 912 orang terbunuh di negara itu, 5,383 cedera, dan 2,818 bangunan runtuh.

Kementerian Kesihatan Syria pula berkata lebih 326 orang terbunuh dan 1,042 cedera, tatkala pasukan penyelamat bertungkus-lumus menarik keluar mangsa terselamat dari dalam runtuhan bangunan.

Sebagai tambahan kepada angka tersebut, perkhidmatan menyelamat di barat laut Syria di kawasan yang tidak dikawal oleh kerajaan meletakkan angka kematian mereka pada 221, menjadikan jumlah 1,459 yang disahkan meninggal dunia.

Kejadian itu adalah salah satu gempa bumi paling kuat melanda wilayah itu dalam satu abad membangunkan penduduk dari tempat tidur mereka pada kira-kira jam 4 pagi Isnin, menyebabkan gegaran sejauh Lubnan, Israel, Cyprus dan Mesir.

Pusat gempa 7.8 magnitud itu berada 23 kilometer (14.2 batu) timur Nurdagi, di wilayah Gaziantep Turkiye, pada kedalaman 24.1 kilometer (14.9 batu), kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Sekitar sembilan jam kemudian, gempa susulan yang berukuran 7.5 magnitud sekali lagi melanda di Turkiye, menurut USGS. Kejutan itu melanda sekitar 95 kilometer (59 batu) di utara gempa asal.

Gempa pada Isnin dipercayai paling kuat melanda Turkiye sejak 1939, apabila gegaran dengan magnitud yang sama membunuh 30,000 orang, menurut USGS.

Gempa bumi dengan magnitud ini jarang berlaku, dengan kurang daripada lima kali setiap tahun secara purata, di mana-mana sahaja di dunia. Tujuh gempa bumi dengan magnitud 7.0 atau lebih tinggi telah melanda Turkiye dalam tempoh 25 tahun yang lalu – tetapi Isnin adalah yang paling kuat.

Karl Lang, penolong profesor di Georgia Tech University, memberitahu CNN kawasan yang dilanda gempa hari ini terdedah kepada aktiviti seismik.

“Ia adalah zon sesar yang sangat besar, tetapi ini adalah gempa bumi yang lebih besar daripada yang mereka alami,” kata Lang.

Pada 1999, gegaran magnitud yang sama dengan gempa bumi hari ini di Turkiye memusnahkan Izmit dan wilayah timur Laut Marmara yang berpenduduk padat berhampiran Istanbul, membunuh lebih daripada 17,000.

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdoğan menyifatkan hari ini sebagai bencana terburuk bagi negara itu sejak 1939, apabila gempa bumi mengorbankan lebih 32,000 orang dan mencederakan lebih 100,000.

Setakat ini pada abad ke-21 tujuh gempa bumi besar telah meragut lebih 20,000 mangsa setiap satu.

Gempa bumi Gujarat pada Januari 2001 di India dan gempa bumi Tōhoku dan tsunami Mac 2011 di Jepun kedua-duanya meragut lebih 20,000 nyawa.

Di Iran, gempa bumi Bam yang melanda pada 26 Disember 2003, menyebabkan lebih 26,000 kematian.

Dua gempa bumi besar pada pertengahan 2000-an menyebabkan angka kematian berjumlah 87,000 – gempa bumi Kashmir Oktober 2005 yang menjejaskan India, Pakistan dan Afghanistan, dan gempa bumi Sichuan pada Mei 2008 di China.

Namun, dua gempa bumi paling dahsyat pada abad ke-21 kedua-duanya mengorbankan lebih 200,000 orang, walaupun jumlah kematian bagi kedua-duanya tidak tepat. Gempa bumi Haiti pada Januari 2010 telah memusnahkan republik pulau itu dengan mencatat angka kematian adalah 220,000.

Tetapi bencana alam paling maut pada abad ke-21 ialah gempa bumi lautan India pada 26 Disember 2004 dengan tsunami menyusul, yang meragut sekurang-kurangnya 225,000 nyawa, dan berukuran antara 9.1 hingga 9.3 pada skala Richter, gempa bumi ketiga terbesar yang pernah direkodkan, dengan tempoh antara lapan hingga sepuluh minit. – Agensi

Berita berkaitan
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Remaja 16 tahun pandu tanpa lesen rempuh motosikal sehingga dua maut
November 11, 2023· Isu semasa
Insiden runtuhan tapak pembinaan, tiga pekerja Bangladesh maut di Machang
November 3, 2023· Isu semasa
Tiga ahli Dewan Muslimat PAS maut ketika cuba bantu mangsa kemalangan
October 20, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok