Keluarga enam mangsa pesawat ditembak Iran dapat AS$83.94 juta

January 4, 2022 · Dunia

Sebuah mahkamah di Ontario, Kanada, menganugerahkan AS$83.94 juta, ditambah faedah, kepada keluarga enam penumpang yang terbunuh apabila anggota Pengawal Revolusi Iran menembak jatuh pesawat Ukraine dekat Tehran dua tahun lalu.

Iran menembak jatuh pesawat itu pada Januari 2020, membunuh semua 176 orang di dalamnya, termasuk 55 rakyat Kanada dan 30 penduduk tetap.

Enam ahli keluarga yang diberikan pampasan oleh mahkamah Ontario kerana kehilangan pasangan, adik-beradik, anak, dan anak saudara dalam Penerbangan 752, kata peguam mereka, Mark Arnold, dalam satu kenyataan.

Mereka memfailkan saman sivil terhadap Iran dan pegawai lain yang mereka percaya harus dipersalahkan atas kejadian itu.

Peguam itu berkata pasukannya akan berusaha merampas aset Iran di Kanada dan di luar negara.

Beliau berkata Iran mempunyai kapal tangki minyak di negara lain dan pasukannya akan berusaha untuk merampas apa sahaja yang boleh untuk membayar hutang negara itu kepada keluarga mangsa.

Keputusan oleh Hakim Edward Belobaba dari Mahkamah Tinggi Keadilan Ontario bertarikh 31 Disember dan diumumkan pada Isnin.

Kes itu difailkan oleh Shahin Moghaddam, Mehrzad Zarei dan Ali Gorji. Kerana takut akan tindakan balas daripada Iran, beberapa plaintif lain enggan nama mereka, lapor CBC News.

Pasukan forensik khas Kanada sebelum ini mengemukakan laporan pada pertengahan 2021 yang menuduh Iran tidak cekap dan melulu berhubung pesawat penumpang Ukraine yang ditembak jatuh. Iran mengkritik laporan itu sebagai “amat dipolitikkan”.

Laporan itu mendapati bahawa walaupun penembakan jatuh pesawat Ukraine tidak dirancang, ia tidak membebaskan pegawai Iran daripada tanggungjawab di atas kejadian itu.

Iran mengakui ia menembak jatuh pesawat itu sejurus selepas berlepas dari Tehran pada Januari 2020 dan menyalahkan ‘kesilapan buruk’ oleh pasukan yang berjaga-jaga ketika tempoh ketegangan dengan Amerika Syarikat (AS).

Ketika itu, Iran bimbang kemungkinan serangan balas selepas tenteranya menembak peluru berpandu ke pangkalan di Iraq yang menempatkan tentera AS, beberapa hari sebelum komander tenteranya yang paling berkuasa, Qassem Suleimani, maut dalam serangan peluru berpandu AS di lapangan terbang Baghdad. – Agensi

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran Dato Sri palsu
January 5, 2024· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Dolar AS menjulang ke paras tertinggi dua dekad, OPR naik
September 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok