Kelab karaoke titik panas Covid-19 di Singapura

Singapura mengaitkan jangkitan baharu Covid-19 di negara itu hari ini dengan pembukaan pusat karaoke. - Gambar CNA

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di Singapura hari ini mencecah parat tertinggi dalam tempoh hampir sebulan, tatkala pihak berkuasa mula menyiasat kes baharu berpunca dari sebuah kelab karaoke

Peningkatan kes itu mencetuskan kebimbangan berhubung kelewatan kerajaan mengenakan semula sekatan walaupun pemerintah republik itu mengatakan mereka sudah menyiapkan pelan strategi bagi menganggap Covid-19 sebagai endamik, dan dapat diurus seperti biasa dalam kehidupan harian rakyatnya seperti influenza.

Kementerian Kesihatan Singapura hari ini memaklumkan mengesan 19 kes baharu tempatan dengan empat daripada jangkitan semasa tidak dikaitkan dengan mana-mana kluster. Ia adalah kes tertinggi harian terbaharu sejak 20 kes dikesan pada 17 Jun lalu.

Pegawai kementerian itu kini sedang menyiasat kes di kalangan pekerja pelayan sosial, yang kebanyakannya warga Vietnam, di kelab dan pusat karaoke.

Pusat hiburan tersebut ditutup beberapa bulan yang lalu sebagai sebahagian daripada peraturan penjarakan, tetapi beberapa di antaranya memperoleh lesen untuk beroperasi sebagai restoran dan kafe makanan.

Kluster baharu yang berpotensi muncul dari ruang istirahat ini dikesan ketika Singapura mengambil langkah pertama untuk melonggarkan sekatan dengan membenarkan lebih ramai individu makan bersama sejak semalam.

Kumpulan lima individu sekarang ini dibenar makan di restoran berbanding dua orang sebelumnya. Makan malam digantung sementara ketika Singapura mengalami peningkatan kes virus pada Mei lalu.

Kesihatan Singapura Ong Ye Kung berkata negara itu kini akan menjalankan ujian terhadap kakitangan dan pelanggan tiga pusat karaoke bagi menyekat penularan Covid-19.

Kementerian itu juga menggesa individu yang mempunyai kontak rapat dengan pekerja Vietnam itu antara 29 Jun hingga 12 Julai lalu supaya bertemu doktor jika berasa tidak sihat. – Agensi

POPULAR