Keganasan senjata api menggila di AS, sembilan lagi maut, 26 cedera

June 7, 2022 · Dunia

Kejadian tembakan di tiga bandar Amerika Syarikat (AS) membunuh sembilan orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 26 yang lain pada malam Sabtu dan pagi Ahad, keganasan terbaharu membabitkan senjata api susulan tiga tembakan besar-besaran yang menggemparkan negara itu sebelum ini.

Di Philadelphia, pergaduhan antara dua lelaki mencetuskan kepada pertempuran tembak-menembak yang menghamburkan peluru ke kawasan bar dan restoran yang sesak, membunuh tiga orang, mencederakan 12, dan mencetuskan panik ketika orang ramai cuba melarikan diri, kata polis.

Polis percaya dua lelaki bergaduh dan mula menembak antara satu sama lain, dan seorang daripada mereka maut akibat tembakan. Seorang pegawai polis memerhatikan penembak lain melepaskan tembakan ke arah orang ramai dan menembak ke arahnya.

Penembak itu menjatuhkan pistolnya, tetapi sempat melarikan diri melalui orang ramai. Mereka yang maut berusia 22, 27 dan 34 tahun manakala umur mereka yang cedera adalah antara 17 hingga 69 tahun.

Begitu juga, tembakan berlaku selepas tengah malam berhampiran sebuah bar di Chattanooga, Tennessee, selepas tengah malam pada Sabtu, membunuh tiga dan mencederakan 14 yang lain, menurut polis.

Dua maut akibat luka tembakan dan satu lagi maut selepas dilanggar kenderaan ketika melarikan diri.

Ketua Polis Chattanooga Celeste Murphy merayu bantuan orang ramai, meminta mana-mana saksi memberi maklumat.

Dalam satu lagi tembakan pada awal pagi Ahad, tiga orang terbunuh dan dua cedera di Saginaw, Michigan, lapor televisyen WEYI, memetik kenyataan polis.

Polis melaporkan mereka ke tempat kejadian di mana dua lelaki disahkan meninggal dunia dan seorang wanita dibawa ke hospital sebelum maut akibat kecederaannya. Dua lelaki lain dirawat kerana luka tembak.

Tidak seperti dua kes lain, yang membabitkan orang ramai yang tidak mempunyai kaitan dengan tembakan, semua lima orang dalam kejadian di Michigan terbabit, kata polis.

Tiada suspek dilaporkan dalam tahanan setakat petang Ahad dalam mana-mana tembakan.

Keganasan itu melanda ketika masyarakat di tiga bandar lain masih bersedih akibat pembunuhan beramai-ramai yang membabitkan 10 individu di sebuah kedai runcit di Buffalo, New York; 21 mangsa di sebuah sekolah rendah di Uvalde, Texas; dan empat orang di sebuah bangunan perubatan di Tulsa, Oklahoma.

Di Uvalde, mereka mengebumikan Alithia Haven Ramirez yang berusia 10 tahun pada Ahad. Dia adalah salah seorang daripada 19 pelajar sekolah yang terbunuh dalam amukan oleh seorang lelaki berusia 18 tahun yang bersenjatakan senapang semi automatik AR-15.

Penyokong keselamatan senjata api mendesak kerajaan AS mengambil langkah lebih tegas untuk membendung keganasan senjata api.

Terdapat sekurang-kurangnya 240 tembakan besar-besaran di Amerika Syarikat setakat tahun ini, menurut Gun Violence Archive, sebuah kumpulan penyelidikan tidak berasaskan keuntungan.

Mereka mentakrifkan tembakan beramai-ramai sebagai satu tembakan di mana sekurang-kurangnya empat orang ditembak, tidak termasuk penembak. – Agensi

Berita berkaitan
Tembakan, letupan bom di sempadan Thai kedengaran sehingga ke Tumpat
May 26, 2022· Isu semasa
Pilihan raya Filipina dicemari insiden tembakan, tiga maut
May 9, 2022· Dunia
Polis New York tangkap suspek tembak di stesen keretapi bawah tanah
April 14, 2022· Dunia
Amerika sekat lima entiti ada kaitan dengan Korea Utara
April 2, 2022· Dunia
Popular
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022
Kawalan ketat keselamatan di Hong Kong menjelang lawatan Presiden Xi
July 1, 2022
Penduduk Asia Pasifik lebih cepat menua
July 2, 2022
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Eropah berdepan peningkatan jangkitan cacar monyet: WHO
10 jam lalu · Dunia
Pesakit cacar monyet di UK alami gejala berbeza: Kajian
15 jam lalu · Dunia
Penduduk Asia Pasifik lebih cepat menua
16 jam lalu · Dunia
Kes Covid-19 meningkat hampir di seluruh dunia: WHO
July 1, 2022 · Dunia
Kes melonjak: Pakar gesa Thailand tangguh isytihar pascapandemik
July 1, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok