Kebakaran hutan di barat laut Sepanyol musnahkan lebih 4,000 hektar kawasan

August 8, 2022 · Dunia

Lebih 4,000 hektar kawasan musnah dalam tujuh kebakaran hutan yang masih berlaku di wilayah autonomi Galicia di barat laut Sepanyol, menurut perkhidmatan bomba tempatan pada Ahad, lapor Xinhua.

Sekurang-kurangnya 2,000 hektar kawasan musnah setakat ini akibat kebakaran terbesar berhampiran bandar A Coruna. Tiada kematian dilaporkan namun 700 orang penduduk terpaksa dipindahkan dari tapak perkhemahan di A Pobra do Caraminal, lapor Bernama.

Sementara itu, di wilayah Ourense, 600 hektar kawasan terbakar yang bermula dengan kebakaran serentak di 10 lokasi, tetapi berjaya dikawal.

Kebanyakan kebakaran dianggap dimulakan secara sengaja, menurut laporan media tempatan.

Menurut data yang dikumpul oleh satelit Copernicus pada Sabtu, kira-kira 230,000 hektar tanah terbakar dalam kebakaran hutan pada musim panas paling kering yang dialami Sepanyol tahun ini.

Kerajaan pusat pada Isnin meluluskan undang-undang baharu untuk membantu mencegah kebakaran pada masa hadapan, termasuk langkah-langkah seperti meningkatkan tahap berjaga-jaga sepanjang tahun dan membersihkan kawasan yang ditumbuhi semak-samun untuk menghalang api daripada merebak dengan cepat.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
NGO Pulau Pinang tolak cadangan PMX supaya projek tambak dikecilkan
May 7, 2023· Isu semasa
Exco Selangor sahkan pembukaan tanah di Taman Negeri untuk pelaksanaan ECRL
February 4, 2023· Isu semasa
Wisma Jakel terbakar lagi: Bomba siasat disengajakan atau bara api
January 3, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Dolar AS menjulang ke paras tertinggi dua dekad, OPR naik
September 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok