Kawalan ketat keselamatan di Hong Kong menjelang lawatan Presiden Xi

July 1, 2022 · Dunia

Pihak berkuasa mengerahkan pasukan keselamatan mengadakan kawalan ketat sekitar Hong Kong sebagai persediaan menyambut Presiden China Xi Jinping yang akan hadir ke majlis angkat sumpah pemimpin baharu bandar itu.

Presiden Xi juga dijadualkan menghadiri sambutan besar-besaran sempena ulang tahun ke-25 penyerahan wilayah bekas jajahan British itu kepada Beijing.

Tanglung merah dan poster menghiasi jalan utama dan laluan pejalan kaki berhampiran pusat konvensyen, lokasi bersejarah dimana gabenor kolonial terakhir, Chris Patten, menyerahkan Hong Kong kembali ke China pada tahun 1997.

Pada sebelah pagi, sekumpulan pegawai berkumpul di sebelah Pelabuhan Victoria untuk upacara menaikkan bendera dalam keadaan bergelora ketika bandar itu mengalami taufan pertamanya tahun ini.

Turut kelihatan, helikopter terbang di pelabuhan menggantung bendera China dan Hong Kong.

Xi tidak menghadiri acara menaikkan bendera itu dan media melaporkan beliau bermalam di seberang sempadan di Shenzhen selepas tiba di Hong Kong pada Khamis.

Xi dijangkan akan kembali bandar hub kewangan dunia pada Jumaat untuk menyaksikan majlis angkat pemimpin baharu bandar itu, John Lee.

Beberapa penganalisis melihat lawatan Xi sebagai lawatan kemenangan selepas Beijing mengetatkan kawalannya ke atas Hong Kong dengan undang-undang keselamatan negara yang menyeluruh, berikutan protes besar-besaran pro-demokrasi pada 2019.

Selepas tiba di Hong Kong pada Khamis, Xi berkata bandar itu berjaya mengatasi cabarannya dan “bangkit daripada abu”.

Lawatan Xi ke Hong Kong ini merupakan kali pertama sejak 2017 selepas kali terakhir menghadiri majlis angkat sumpah pemimpin wanita pertama di Hong Kong, Carrie Lam yang bergelut mentadbir wilayah itu selepas dilanda protes anti-kerajaan pada 2019 dan penularan Covid-19.

Berita berkaitan
Emas ketiga berjaya dimenangi Azizulhasni di Hong Kong
May 28, 2023· Isu semasa
Polis jumpa tisu mayat model dalam periuk sup, kepala masih hilang
February 26, 2023· Dunia
Restoran terapung terkenal Hong Kong tenggelam di Laut China Selatan
June 21, 2022· Dunia
YouTube sekat calon ketua eksekutif Hong Kong yang pro-Beijing
April 21, 2022· Dunia
Popular
Penulis ‘The Satanic Verses’ buta sebelah mata, saraf tangan putus
October 24, 2022
Ujian Covid-19 ketika ketibaan di Thailand dimansuh bermula 1 Mei
April 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok