Kartunis hina Nabi Muhammad maut dalam kemalangan

October 4, 2021 · Dunia

Kartunis Sweden, Lars Vilks yang ditempatkan bawah kawalan pihak polis selepas menerima kecaman bunuh selepas kontroversi lukisan karikatur menggambarkan Nabi Muhammad SAW pada 2007 lalu, maut ketika kereta dinaikinya terbabas semalam.

Polis mengesahkan kemalangan itu, lelaki berumur 75 tahun itu bersama dua anggota polis terkorban apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah trak dari arah berlawanan.

“Kemalangan itu disiasat seperti kes kemalangan jalan raya yang lain.

“Insiden itu melibatkan dua anggota polis, dan siasatan lanjut akan dikendalikan di bawah seksyen khas di pejabat pendakwa raya,” kata jurucakap polis sambil memaklumkan tiada unsur jenayah disyaki.

Insiden itu terjadi berdekatan bandar kecil di Markaryd, apabila kereta dinaiki Vilks bertembung sebuah trak sebelum kedua-dua kenderaan itu terbakar.

Pihak polis memberitahu, pemandu trak itu dikejarkan ke hospital terdekat untuk rawatan lanjut, tetapi punca nahas masih belum dikenal pasti, setakat ini.

“Individu yang kami tahan dan dua rakan sekerja maut dalam nahas itu,” kata Ketua Polis Wilayah, Carina Persson.

Berita berkaitan
Peguam Bangladesh dituduh hina Nabi Muhammad
June 16, 2022· Dunia
Polis siasat video tular warga asing hina Nabi
June 15, 2022· Isu semasa
Popular
AS tunjuk kuat, uji peluru berpandu balistik Minuteman III
August 16, 2022
Russia tak perlu guna senjata nuklear ke atas Ukraine
August 16, 2022
Bekas pegawai polis Malaysia menang kerusi Parlimen di Australia
May 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Russia tak perlu guna senjata nuklear ke atas Ukraine
12 jam lalu · Dunia
AS tunjuk kuat, uji peluru berpandu balistik Minuteman III
12 jam lalu · Dunia
MH17: Mahkamah Belanda buat keputusan 17 November
August 15, 2022 · Dunia
Trafik penumpang SIA cecah 2 juta kali pertama sejak wabak Covid
August 15, 2022 · Dunia
Baht Thailand melantun pantas disokong sektor pelancongan
August 15, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok