Kapal selam Tentera Nasional Indonesia hilang

April 21, 2021 · Dunia

Tentera Nasional Indonesia (Angkatan Laut) mengesahkan sebuah kapal selamnya dengan 53 kru hilang di perairan sekitar 95 kilometer di utara Bali, pada Rabu.

Panglima TNI Marsekal Hadi Tjahjanto mengesahkan kapal selam buatan Jerman pada 1981, KRI Nanggala-402, terputus hubungan kira-kira jam 4.30 pagi tadi waktu Indonesia Timur.

Kapal ini menjalani proses pemulihan selama dua tahun di Korea Selatan dan siap pada 2012.

“Baharu sahaja dibenarkan menyelam. Setelah diberi kebenaran langsung hilang hubungan,” kata Hadi seperti dilaporkan Kompas.id, hari ini.

Katanya, gerakan besar-besaran dilakukan sejurus hubungan terputus namun sehingga kini belum ditemukan.

Beliau berkata, TNI juga meminta bantuan Singapura dan Australia yang memiliki kapal penyelamat kapal selam.

Mengikut laporan awal, KRI Nanggala-402 berada pada kedalaman 700 meter. Ia sepatutnya menyertai latihan di Laut Bali yang dijadualkan Khamis.

Indonesia pada masa lalu mempunyai armada 12 kapal selam yang dibeli dari Kesatuan Soviet untuk melakukan rondaan di perairan kepulauannya yang luas.

Tetapi sekarang ia hanya memiliki lima armada termasuk dua kapal selam Jenis 209 buatan Jerman dan tiga kapal Korea Selatan yang lebih baharu. – Agensi

Berita berkaitan
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023· Isu semasa
Ebit Liew lapor polis, dakwa jadi mangsa fitnah libatkan seorang wanita Indonesia
September 18, 2023· Isu semasa
Bekas ahli politik PKR dikaitkan dengan kes dera pembantu rumah
September 5, 2023· Isu semasa
Popular
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok