Kapal selam Indonesia ditemui, semua kru diisytihar meninggal

April 26, 2021 · Dunia

Pasukan penyelamat menemukan kapal selam Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia (TNI-AL) yang tenggelam di dasar Laut Bali, selain mengesahkan 53 krunya maut dalam tragedi pertama kali berlaku di negara itu.

Ketua TNI-AL, Admiral Yudo Margono berkata pihak berkuasa menerima isyarat dari lokasi sedalam 800 meter awal pagi Ahad dan menemukannya dalam keadaan pecah kepada tiga bahagian.

“Kami menggunakan kapal selam penyelamat dibekalkan Singapura untuk mendapatkan gambaran sebenar KRI Nanggala 402. Kami juga menemukan beberapa bahagian kapal selam itu, termasuk jaket keselamatan dipakai kru,” katanya.

Penemuan kapal selam buatan Jerman itu muncul sehari selepas TNI mengumumkan secara rasmi bahawa KRI Nanggala 402 tenggelam. Sebelum itu TNI mengklasifikasikannya sebagai hilang.

Kapal perang, pesawat dan ratusan anggota tentera, termasuk dari Malaysia dan Singapura, melakukan pencarian selepas kapal selam itu dilaporkan hilang pada pagi Rabu lalu ketika menjalani latihan pengeboman torpedo.

Usaha itu diperhebatkan lagi pada Jumaat kerana oksigen di dalam kapal selam itu hanya mampu bertahan hingga Sabtu.

Namun, pada Ahad, Panglima TNI, Jeneral Hadi Tjahjanto mengesahkan pasukan pencari tiada lagi peluang untuk menemukan anak kapal yang hidup.

“Dengan rasa sedih yang mendalam, saya mengumumkan 53 anak kapal sudah meninggal,” katanya.

Presiden Joko Widodo menyifatkan semua anak kapal selam itu sebagai ‘perwira terhebat’.

“Indonesia menyampaikan kesedihan yang amat sangat di atas tragedi itu, terutama kepada keluarga kru kapal selam berkenaan,” katanya.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana insiden itu berlaku, tetapi tidak menolak kemungkinan bekalan elektrik kapal selam berkenaan terputus menyebabkan ia tidak dapat timbul di permukaan.

Menolak kemungkinan berlaku letupan, TNI berkata ada bukti menunjukkan kapal selam itu pecah akibat tekanan kedalaman air melebihi 800 meter.

Tragedi KRI Nanggala 402 adalah antara rentetan kemalangan kapal selam yang membawa maut sejak beberapa dekad lalu.

Antara tragedi terburuk membabitkan kapal selam Kursk yang menjadi kebanggaan Armada Utara Russia pada tahun 2000.

Kapal selam itu bergerak di Laut Barents apabila tenggelam akibat letupan torpedo yang mengorbankan 118 anak kapal. – Agensi

Berita berkaitan
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023· Isu semasa
Ebit Liew lapor polis, dakwa jadi mangsa fitnah libatkan seorang wanita Indonesia
September 18, 2023· Isu semasa
Bekas ahli politik PKR dikaitkan dengan kes dera pembantu rumah
September 5, 2023· Isu semasa
Popular
Ujian Covid-19 ketika ketibaan di Thailand dimansuh bermula 1 Mei
April 22, 2022
Penulis ‘The Satanic Verses’ buta sebelah mata, saraf tangan putus
October 24, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok