Kapal pemusnah AS hampiri Kepulauan Paracel, China beri amaran

May 22, 2021 · Dunia

Kapal perang Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) belayar berdekatan kepulauan yang ‘dikawal’ Beijing di Laut China Selatan, semalam, beberapa jam selepas Presiden Joe Biden berkata AS mesti melindungi akses laluan di laut.

Kapal pemusnah peluru berpandu USS Curtis Wibur bertindak apa yang disebut Tentera Laut AS sebagai operasi ‘pelayaran bebas’ berhampiran Kepulauan Paracel dengan ‘kebebasan dan hak untuk belayar.

Jurucakap Armada Ketujuh AS, Leftenan Nicholas Lingo dalam kenyataan berkata tindakan itu adalah bertepatan dengan undang-undang antarabangsa.

China menamakan gugusan Kepulauan Paracel di barat laut Laut China Selatan sebagai Kepulauan Xisha. Beijing telah mendirikan kemudahan tentera di kepulauan yang turut dituntut Vietnam dan Taiwan.

Sejak 1945, garis berbentuk U atau Nine Dash Line dilakar dalam semua peta rasmi negara China, yang menyatakan sebahagian besar Laut China Selatan berada di bawah kedaulatan China, hanya berdasarkan sejarah silam.

Bagaimanapun, Beijing menuduh kehadiran kapal perang AS berhampiran Kepulauan Paracel melanggar dan mencabar kedaulatan wilayahnya.

“Tingkah laku Amerika melanggar undang-undang antarabangsa dan meningkatkan ketegangan di wilayah berkenaan dan terdedah kepada salah faham, salah sangka, serta insiden tidak dikehendaki di laut,” kata jurucakap Pusat pemerintahan Tentera Republik Rakyat China Wilayah Selatan, Tian Junli.

Namun, Biden, dalam ucapan di Akademi Pengawal Pantai AS menuduh China – dan juga Rusia – ‘melakukan tindakan gangguan’ yang mencabar peraturan antarabangsa yang melindungi perdagangan maritim di Laut China Selatan dan laluan lain.

Pada masa sama, Britain akan menghantar armada kapal pengangkut pesawatnya HMS Queen Elizabeth ke beberapa negara yang akan melalui Lautan Hindi serta Laut China Selatan beberapa hari lagi.

Perdana Menteri British, Boris Johnson menegaskan armada kapal perang diketuai HMS Queen Elizabeth akan ke Asia bagi menunjukkan negara itu percaya kepada undang-undang laut antarabangsa.

“Operasi pertama kapal induk itu ke Asia akan menunjukkan kepada negara-negara lain, termasuk China bahawa London mempercayai undang-undang laut antarabangsa,” katanya di atas HMS Queen Elizabeth.

Johnson berkata armada kapal perang itu akan berinteraksi dengan lebih daripada 40 negara dalam pelayaran yang akan melalui Lautan Mediterranean, Lautan Hindi dan Laut China Selatan untuk ke Jepun, sekali gus menilai keupayaan dan kemampuan Tentera Laut Diraja Britain. – Agensi

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok