Kapal kargo terbabas, hadang laluan di Terusan Suez

March 25, 2021 · Dunia

Pemilik sebuah kapal kargo berukuran bagaikan pencakar langit yang melintasi Terusan Suez di Mesir meminta maaf atas insiden yang menyebabkan pengiriman global, termasuk minyak mentah tertangguh.

Shoei Kisen hari ini memohon maaf menyebabkan ‘kebimbangan luar biasa’ selepas kapal kargonya yang melalui terusan itu terbabas dan menghalang laluan perkapalan di kawasan itu. Terusan Suez adalah antara laluan perkapalan paling sibuk di dunia.

Agensi berita melaporkan MV Ever Given – kapal yang didaftarkan di Panama dan membawa kargo antara Asia dan Eropah – terbabas dan melanggar tebing terusan buatan itu.

Masih belum jelas bila halangan itu dapat dialihkan, namun laporan menyebut sekurang-kurangnya 150 kapal menunggu untuk menggunakan Terusan Suez, kata penyelia perkhidmatan terusan itu, Leth Agencies.

“Kami sangat menyesal kerana menyebabkan kebimbangan luar biasa terhadap kapal-kapal yang dalam perjalanan atau menjadualkan perjalanan di Terusan Suez,” kata Shoei Kisen dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, syarikat perkapalan itu sedang bekerjasama dengan pihak lain, termasuk pihak berkuasa tempatan bagi mengalihkan kapal kargo yang terbabas itu, tetapi operasi yang dilakukan dikatakan sangat sukar.

Sementara itu, pihak berkuasa Terusan Suez berkata, operasi mengalihkan kapal kargo yang terbabas itu sedang dilakukan dan trafik di kawasan berkenaan digantung sementara. – Agensi

Gambar yang diedarkan oleh pihak berkuasa menunjukkan MV Ever Given (Evergreen) terbabas dan menghalang semua lalu lintas melintasi perairan Terusan Suez di Mesir. Foto kredit Suez Canal Authority

Berita berkaitan
Terusan Suez dibuka semula
March 30, 2021· Dunia
Kapal gergasi halang laluan di Terusan Suez mula dialihkan
March 29, 2021· Dunia
Insiden Terusan Suez : Penghantaran bekalan ke Asia mungkin terjejas
March 26, 2021· Dunia
Popular
Briged Al-Qassam cabar Israel serang habis-habisan jika berani
May 13, 2021
Jemaah umrah antara 104 kes positif varian Omicron di Thailand
December 23, 2021
Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
22 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok