Kapal karam: 4,400 pendatang cuba masuki Sepanyol tahun lalu maut

January 5, 2022 · Dunia

Lebih 4,000 pendatang asing dilaporkan maut atau hilang di laut dalam usaha mereka untuk tiba di Sepanyol sepanjang tahun lalu, menurut data dikeluarkan kumpulan bantuan.

Laluan barat ke Eropah itu menjadi bukti jumlah pendatang yang terbunuh adalah dua kali ganda berbanding pada 2020 apabila berpuluh-puluh bot karam sebelum mereka sempat tiba di Kepulauan Canary, Sepanyol di luar pantai Afrika.

Terdapat 124 kapal yang karam secara berasingan di laluan itu, kata kumpulan hak asasi manusia Walking Borders, manakala yang lain terkorban ketika cuba sampai ke tanah besar Sepanyol.

“Ini adalah angka yang menyedihkan,” kata Maria Gonzalez Rollan, salah seorang pengarang laporan tahunan badan amal itu.

Beliau berkata dalam kalangan yang hilang atau maut itu, 628 adalah wanita dan 205 lagi kanak-kanak.

Walking Borders merekodkan 4,404 pendatang terbunuh atau hilang di laut sepanjang 2021, berbanding 2,170 pada 2020. Pendatang asing itu datang dari 21 buah negara.

Bagaimanapun, jumlah sebenar tidak dapat dipastikan kerana sekurang-kurangnya 83 bot hilang tanpa ada pendatang yang terselamat, menyebabkan tiada sesiapa yang hidup untuk memberikan butiran berhubung apa yang berlaku.

Pasukan penyelamat pula menemui hanya satu mayat daripada 10 yang dilaporkan hilang di laut, dan dianggap terbunuh.

Perjalanan ke Kepulauan Canary – yang termasuk destinasi percutian popular Tenerife dan Lanzarote – mula meningkat pada 2019 selepas rondaan tambahan di sepanjang pantai selatan Eropah mengurangkan kemasukan menerusi Laut Mediterranean.

Laluan barat ke Sepanyol membawa pendatang melalui Lautan Atlantik, perjalanan berbahaya bagi bot yang biasanya kecil untuk menghadapi arus kuat. – Agensi

Berita berkaitan
Bot Perikanan hanyut ditemui tentera Indonesia, 4 staf selamat
March 1, 2023· Isu semasa
Hormat kedaulatan Malaysia, kata KP Imigresen isu tangkap PATI Indon
February 8, 2023· Isu semasa
Remaja seludup PATI kena SOSMA
August 17, 2022· Isu semasa
Kebakaran hutan di barat laut Sepanyol musnahkan lebih 4,000 hektar kawasan
August 8, 2022· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok