Kapal gergasi halang laluan di Terusan Suez mula dialihkan

March 29, 2021 · Dunia

Kapal kontena bersaiz lebih empat padang bola yang terbabas dan tersangkut di tebing Terusan Suez sejak seminggu lalu, mula dialihkan ke kawasan lebih dalam, sekali gus memberi harapan terusan itu akan dibuka semula kepada laluan perkapalan.

Bahagian bawah MV Ever Given sepanjang 400 meter kini sudah terpisah dari tebing di sebelah barat terusan berkenaan, kata syarikat perkhidmatan perkapalan, Inchcape.

Kapal itu menghalang Terusan Suez sejak hampir seminggu lalu selepas terbabas dan tersangkut di kawasan cetek tebing terusan. Sejak itu, ratusan kapal kontena tidak dapat melalui terusan buatan itu, menyebabkan kerugianberbilion ringgit kepada ekonomi global.

“MV Ever Given akhirnya berjaya dipisahkan dari tebing hari ini,” kata Inchcape.

Pihak berkuasa tempatan pula berkata, langkah selanjutnya ialah terus menarik kapal berkenaan dan membawanya melepasi terusan berkenaan.

Ketua Pihak Berkuasa Terusan Suez, Admiral Omar Rabie berkata, langkah seterusnya ialah menggerakkan kapal itu ketika air pasang, sekali gus membolehkan Ever Given bebas daripada kawasan cetek.

“Halangan itu menyebabkan lebih 320 kapal tidak dapat melalui Terusan Suez. Penutupan terusan itu dalam tempoh berkenaan menyebabkan Mesir kerugian AS$12 juta hingga AS$14 juga dalam bentuk cukai,” katanya. – Agensi

Berita berkaitan
Terusan Suez dibuka semula
March 30, 2021· Dunia
Insiden Terusan Suez : Penghantaran bekalan ke Asia mungkin terjejas
March 26, 2021· Dunia
Kapal kargo terbabas, hadang laluan di Terusan Suez
March 25, 2021· Dunia
Popular
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Angka terbaharu korban gempa berkembar Turkiye, Syria lepasi 7,800
February 8, 2023
Lagi Dunia terkini
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023 · Dunia
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
14 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok