Kapal bawa ribuan kereta mewah jutaan dolar terbakar

February 18, 2022 · Dunia

Ribuan kereta mewah jenis Porsche, Volkswagen, Audi, Lamborghini dan Bentley, ditinggalkan setelah kapal kargo yang dalam pelayaran ke Amerika Syarikat (AS) terbakar di Lautan Atlantik.

Kapal Felicity Ace, dalam perjalanan dari Emden di Jerman sebelum ia terbakar di luar pantai kepulauan Azores di Portugal.

Akhbar Jerman Handelsblatt melaporkan kapal itu membawa 3,965 kenderaan, termasuk Audi, Lamborghini dan sebilangan kecil Bentley.

Anak kapal telah diselamatkan.

Tentera laut Portugal berkata tiada siapa yang cedera dalam kebakaranyang berlaku pada Rabu, dan 22 anak kapal dibawa ke sebuah hotel setelah tentera laut, kapal dagang di kawasan itu dan Tentera Udara Portugal selesai memindahkan mereka.

“Pemilik kapal Felicity Ace sedang berhubung dengan ejen logistik untuk merangka pelan bagi menunda kapal itu,” kata tentera laut dalam satu kenyataan.

“Setakat ini, tiada punca pencemaran direkodkan.”

Lebih 3,60 kereta mewah dipercayai musnah selepas kapal kargo terbakar di Lautan Atlantik pada Rabu. – Gambar agensi

Menurut Handelsblatt, e-mel dalaman daripada Volkswagen USA menyatakan bahawa kapal itu membawa 3,965 kenderaan VW, Porsche, Audi dan Lamborghini.

Volkswagen tidak mengesahkan bilangan kereta di atas kapal, tetapi Porsche berkata ia mempunyai kira-kira 1,100 modelnya di atas kapal itu.

Syarikat itu berkata mereka menyedari insiden yang melibatkan kapal kargo pihak ketiga yang mengangkut kenderaan Kumpulan Volkswagen merentasi Atlantik.

Bentley mengesahkan bahawa 189 keretanya turut berada di atas kapal itu.

“Kami sedang bekerjasama dengan syarikat perkapalan untuk mengetahui maklumat lanjut,” kata seorang jurucakapnya.

Kapal itu dalam perjalanan ke kilang Volkswagen di Davisville, Rhode Island, menurut laman web Marine Traffic.

Berita berkaitan
Kumpulan pemerhati rasuah gesa dedah perjanjian tambahan LCS
October 11, 2023· Isu semasa
MINDEF dibidas PAC ekoran perjanjian dimerterai tanpa persetujuan AGC
October 9, 2023· Isu semasa
Rasuah kereta mewah pegawai kanan di kementerian, seorang pemilik syarikat ditahan: Laporan
September 27, 2023· Isu semasa
Dikritik tolak usul skandal LCS, Speaker jawab kepada Syed Saddiq sebab ditolak
June 8, 2023· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok