Kanak-kanak ramai dijangkiti varian Delta di Jakarta

Varian Delta didapati merebak dengan cepat.

Data terbaharu Pentadbiran Jakarta menunjukkan varian baharu Covid-19 yang diklasifikasikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai Varian Yang Membimbangkan (VOC) sudah menjangkiti ramai kanak-kanak di bandar yang padat itu.

Dokumen rasmi menunjukkan terdapat 128 kes varian baharu yang dijumpai di seluruh ibu kota tersebut.

Varian Delta menguasai 87 peratus daripada keseluruhan penemuan VOC yang dikesan di Jakarta.

Gabenor Jakarta, Anies Baswedan membentangkan data tersebut semasa mesyuarat koordinasi pelaksanaan sekatan aktiviti masyarakat (PPKM) Darurat yang diketuai Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Luhut Binsar Pandjaitan pada 29 Jun.

Dari jumlah 128 kes varian baru, 71 daripadanya adalah dikalangan mereka yang berusia19-59 tahun; 55 kes daripada kumpulan umur 0-18 tahun; 29 kes daripada kumpulan umur 0-5 tahun; 26 kes daripada kumpulan umur 6-18, dan 2 kes adalah daripada warga emas.

Jumlah kes terdiri daripada 11 varian Alpha (B.117), 5 varian Beta (B.1.351), 111 varian Delta (B.1617.2), dan 1 varian Kappa (B.1617.1).

Ketua Badan Pencegahan dan Pengendalian Penyakit Jakarta, Dwi Oktavia, mengingatkan orang ramai untuk tetap waspada dan selalu mengikuti protokol kesihatan yang ketat.

POPULAR