Kanak-kanak menderita, UK potong bantuan kepada pelarian Syria

April 1, 2021 · Dunia

Keputusan United Kingdom (UK) memotong pembiayaan kepada pelarian Syria – kemungkinan sehingga 50 peratus – akan menyebabkan kanak-kanak, termasuk yang tiada tempat tinggal di negara jiran, menderita.

Sebuah pertubuhan bantuan antarabangsa dalam satu kenyataan berkata, kanak-kanak dan wanita akan menanggung beban, khususnya untuk mendapat pendidikan, makanan dan penjagaan kesihatan, susulan pemotongan itu.

“Sokongan UK yang sangat baik selama ini menjadi kunci untuk perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan perlindungan yang lebih baik kepada keluarga pelarian Syria.

“Bagaimanapun, selepas pengumuman pemotongan bantuan itu semalam, kami sekarang berdepan situasi di mana kanak-kanak Syria akan dibiar menanggung sengsara.

“Pemotongan itu boleh membawa akibat buruk kerana agensi bantuan berjuang untuk memberikan sokongan bagi menyelamatkan nyawa dan membantu kanak-kanak,” kata jurucakap pergerakan bertujuan menyelamatkan kanak-kanak antarabangsa.

Katanya, UK hanya menawarkan bantuan sebanyak AS$281 juta dalam satu persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu ini, berbanding AS$552.22 juta yang diberi tahun lalu.

“Di barat laut Syria, dua pertiga kanak-kanak tercicir daripada sekolah. Di Lubnan, 90 peratus pelarian Syria tinggal dalam kemiskinan tanpa memperoleh makanan yang mencukupi,” katanya.

Setiausaha Luar UK, Dominic Raab berkata, negaranya sudah memberi lebih AS$4.83 bilion bantuan kepada pelarian Syria sejak 2012, dan sumbangan semasa adalah sebanding dengan unjuran ekonomi UK. – Agensi

Berita berkaitan
Tun Maimun dedah gangguan terhadap badan kehakiman tahun lalu
January 9, 2023· Isu semasa
Najib mohon badan dunia campur tangan, minta dibebaskan: Peguam
January 5, 2023· Isu semasa
Malaysia antara negara berkecuali bincang isu umat Islam Uyghur
October 7, 2022· Dunia
Pakar tempatan juga ada keupayaan urus ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi
October 2, 2022· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
7 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok