Kanak-kanak maut akibat hepatitis misteri: WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan seorang kanak-kanak menjadi mangsa pertama akibat jangkitan hepatitis yang tidak diketahui asal usulnya.

WHO juga memaklumkan sehingga kini sebanyak 169 kes hepatitis mister itu dilaporkan di 12 negara.

WHO mengeluarkan data berkenaan ketika pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia menyiasat dan menilai peningkatan kes hepatitis akut dalam kalangan kanak-kanak.

Sehingga 21 April, kes hepatitis itu dilaporkan berlaku di United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Sepanyol, Israel, Denmark, Ireland, Belanda, Itali, Norway, Perancis, Romania dan Belgium.

Badan kesihatan itu menjelaskan, sebanyak 114 daripada 169 kes itu berlaku di UK.

Sebelum ini Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit EU (ECDC) berkata dalam kebanyakan kes, kanak-kanak terbabit tidak mengalami demam.

Tetapi beberapa kes di UK sangat teruk sehingga pesakit terpaksa dipindahkan ke bahagian pakar hati kanak-kana, manakala enam lagi menjalani pemindahan hati, kata WHO dan ECDC.

Jangkitan ini kebanyakannya menjejaskan kanak-kanak berumur di bawah 10 tahun dan gejalanya, termasuk demam kuning, cirit-birit, muntah dan sakit perut.

Virus hepatitis yang diketahui, dari A hingga E, tidak dikesan pada kanak-kanak. Oleh itu, pihak berkuasa kesihatan Britain telah meneliti pautan kepada virus biasa, atau kemungkinan punca lain seperti Covid-19 atau faktor persekitaran.

Buat masa ini, penyiasat mengesyaki bahawa punca paling mungkin adalah jangkitan, kata ECDC.

“Tiada pautan kepada vaksin Covid-19 dikenal pasti dan maklumat terperinci yang dikumpul melalui soal selidik kepada kes tentang makanan, minuman dan tabiat peribadi gagal mengenal pasti sebarang pendedahan biasa,” kata ECDC. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR