Kakitangan komuter tembak mati 8 rakan sekerja sebelum bunuh diri

May 27, 2021 · Dunia

Seorang kakitangan Pihak Berkuasa Pengangkutan Valley (VTA) menembak mati lapan rakan sekerjanya di pejabat komuter San Jose, California, hari ini.

Polis berkata kejadian berlaku di pejabat VTA Santa Clara di San Jose kira-kira jam 6.45 pagi waktu tempatan membabitkan pekerja VTA yang sedang mendengar taklimat sebelum memulakan tugas.

Seorang mangsa dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal akibat luka tembakan.

Semua mangsa ditemui dalam dua bangunan di lokasi kejadian, kata polis.

Lelaki terbabit yang menembak diri sendiri selepas menyedari kehadiran pihak polis, sebelum itu dilaporkan membakar rumahnya.

Sherif Santa Clara Laurie Smith berkata, sembilan individu termasuk suspek Samuel Cassidy berusia 57 tahun terbunuh.

Media tempatan melaporkan beberapa jam sebelum kejadian tembakan itu rumah milik pekerja VTA Santa Clara terbakar dipercayai perbuatan khianat.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak menyatakan maklumat lanjut mengenai motif serangan itu. – Agensi

Berita berkaitan
Kedutaan AS hantar tiga notis kepada Malaysia berhubung isu Palestine
October 31, 2023· Isu semasa
Ribuan rakyat berhimpun bersama pemimpin PN di depan kedutaan AS
October 28, 2023· Isu semasa
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023· Politik
Lelaki miliki 12 rekod jenayah ditembak mati
August 31, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok