Kajian di UK dapati 500 orang dijangkiti Covid-19 selepas divaksin

May 1, 2021 · Dunia

Satu kajian di United Kingdom (UK) mendapati sekurang-kurangnya 500 orang lebih yang menerima vaksin Covid-19 terpaksa diberi rawatan di hospital selepas masih dijangkiti virus membunuh itu.

Para penyelidik di Universiti Liverpool mengatakan semua pesakit yang dirawat sudah menerima satu dos vaksin sekurang-kurangnya tiga minggu sebelum mereka dirawat di hospital selepas dijangkiti Covid-19.

Kumpulan itu mengatakan pesakit yang dirawat kebanyakannya terdiri daripada kumpulan warga emas dan lemah.

Jumlah mereka yang dirawat di hospital tersebut mewakili sekitar 1 peratus daripada 52,000 orang yang terlibat dalam penyelidikan ini.

Laporan itu mmemberi amaran: “Warga emas dan kumpulan yang mudah terdedah dengan jangkitan telah melindungi, mungkin secara tidak sengaja terdedah dan dijangkiti sama ada melalui proses vaksinasi atau tidak lama setelah vaksinasi melalui perubahan tingkah laku di mana menganggap mereka kebal.”

Kajian itu mengatakan pesakit cenderung mendapat perlindungan yang baik daripada virus selama tiga atau empat minggu selepas divaksin, namun 526 orang dimasukkan ke hospital dan 113 orang meninggal dan pasukan penyelidik membuat kesimpulan ia sebagai “kegagalan vaksin”.

Colin Semple, seorang profesor perubatan wabak di Universiti Liverpool dan salah seorang pemimpin kajian itu berkata: “Orang ramai tidak boleh terkejut dengan beberapa kegagalan vaksin. Itulah yang diramalkan. Ia mengakibatkan tragedi.”

Penemuan ini diterbitkan oleh Kumpulan Penasihat Ilmiah Kecemasan UK.

Kumpulan penyelidik menyifatkan sepanjang tempoh kajian ini antara 8 Disember hingga 10 Mac 2021, vaksinasi terlalu memfokuskan kumpulan warga emas.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok