Kadar penularan Omicron di UK dua kali ganda dalam tiga hari

December 10, 2021 · Dunia

Dengan jangkitan varian Omicron meningkat dua kali ganda setiap tiga hari dan kerajaan melaksanakan semula sekatan yang telah dimansuhkannya, United Kingdom (UK) bersiap sedia untuk lonjakan baharu Covid-19 – tidak pasti sama ada jumlahnya kecil atau kembali ke hari gelap sebagaimana gelombang awal dahulu.

Setakat ini, jumlah kes Omicron – 817 disahkan pada Khamis, walaupun pegawai mengatakan angka sebenar mungkin jauh lebih tinggi – adalah kecil berbanding purata harian 48,000 kes Covid-19 baharu secara keseluruhan.

Namun Agensi Keselamatan Kesihatan memberi amaran bahawa jika kadar peningkatan baru-baru ini berterusan, “kami menjangkakan untuk melihat sekurang-kurangnya 50 peratus kes Covid-19 disebabkan oleh varian Omicron dalam dua hingga empat minggu akan datang.”

Bukti awal di Britain menyokong tentatif penemuan di tempat lain, terutamanya di Afrika Selatan, di mana varian baharu yang sangat bermutasi sudah tersebar luas.

Nampaknya ia adalah bentuk virus yang paling menular berbanding yang lain kes sebelumnya, namun menyebabkan jangkitan yang kurang teruk daripada varian terdahulu.

Sehingga kini, sekatan sosial lebih longgar berbanding kebanyakan negara lain di Eropah Barat, dan ramai warga Britain lazimnya keluar dan masuk ke Afrika Selatan, sekali gus bakal menjadikannya sebagai negara kaya pertama yang teruk diserang Omicron.

Pengarah Inisiatif Genomik Covid-19 di Institut Wellcome Sanger di Britain, Dr Jeffrey Barrett berkata data baharu itu menjelaskan satu perkara – “Ia akan merebak dengan sangat pantas, walaupun di negara yang mempunyai kadar vaksinasi yang sangat tinggi seperti UK.”

Anggaran semasa bahawa Omicron meningkat dua kali ganda setiap tiga hari, di negara di mana 70 peratus penduduk diberi vaksin sepenuhnya dan 32 peratus telah mendapat dos penggalak, sangat mengagumkan, katanya lagi.

“Kami tidak pernah melihat kadar pertumbuhan seperti itu sejak, saya fikir pada Mac 2020 apabila virus asal merebak dalam populasi yang benar-benar naif, apabila tiada seorang pun daripada kami benar-benar mengetahui apa-apa mengenainya,” katanya.

Walaupun secara keseluruhannya jangkitan Omicron kurang teruk, pakar memberi amaran bahawa jika ia membawa kepada lonjakan jumlah kes yang besar, walaupun peratusan kecil mereka mendapat sakit tenat, sekali lagi ia boleh menbanjiri hospital dan menyebabkan angka kematian meningkat.

Dr Barrett berkata beliau lebih bimbang dengan ancaman varian Omicron sekarang ini berbanding varian sebelumnya.

Britain juga mempunyai salah satu sistem paling teguh di dunia untuk penjujukan genom virus, sekali gus membolehkannya mengenal pasti dan menjejaki varian baharu lebih awal dan lebih teliti berbanding negara lain.

“Saya fikir kita sedang memerhati musim sejuk yang mengerikan,” kata Dr Peter English, bekas perunding kawalan penyakit berjangkit.

Masih banyak yang perlu dipelajari tentang varian itu, tetapi pakar mengatakan bahawa apa yang diketahui setakat ini membimbangkan.

Pada Rabu, Britain menggunakan strategi baharu sebagai tindak balas menangani varian Omicron, dengan menggesa orang ramai bekerja dari rumah jika perlu, mewajibkan pemakaian pelitup muka dan menguatkuasakan peraturan pasport vaksin untuk memasuki beberapa premis.

Langkah itu adalah sekatan dan protokol yang pernah dimansuhkan oleh Perdana Menteri Boris Johnson pada Julai lalu.

Berita berkaitan
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Popular
Masalah kebuluran global terus meningkat
November 8, 2021
Jemaah umrah antara 104 kes positif varian Omicron di Thailand
December 23, 2021
Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
23 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok