Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Singapura naik semula

January 5, 2022 · Dunia

Kadar kebolehjangkitan mingguan Covid-19 di Singapura meningkat semula melebihi 1.00 – pertama kali sejak 12 November 2021 – menurut data rasmi ditunjukkan dalam laman sesawang Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan merujuk kepada nisbah kes komuniti untuk minggu lalu berbanding minggu sebelumnya. Pihak berkuasa telah menyifatkan statistik itu sebagai salah satu petunjuk utama yang boleh digunakan untuk menilai tahap risiko apabila menentukur jangkitan Covid-19.

Angka melebihi 1.00 menunjukkan bahawa jumlah kes Covid-19 mingguan baharu meningkat – ia mencapai 1.09 pada Selasa.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan telah menurun kepada paras rendah 0.52 pada 24 Disember 2021, tetapi sejak itu ianya kembali meningkat berterusan.

MOH mula menyediakan kadar peningkatan jangkitan mingguan pada Oktober 2021, dengan data sejak akhir Ogos.

Pada 30 Ogos 2021, pada kebolehjangkitan mencecah 3.01, apabila Singapura menyaksikan peningkatan kes Covid-19 didorong oleh penularan pantas varian Delta.

Kadar jangkitan berada dalam lingkungan 2.00 pada September, sebelum turun di bawah 1.00 pada 16 Oktober, namun meningkat semula secara perlahan.

Pada 23 Oktober, Pengerusi Bersama Pasukan Bertindak Covid-19 Singapura Lawrence Wong berkata kerajaan akan melonggarkan beberapa peraturan dan sekatan Covid-19 jika kadar kebolehjangkitan turun di bawah 1.00.

Republik itu semalam merekodkan 842 kes baharu, termasuk 502 kes import. Tiga kematian turut dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

Sebanyak 438 jangkitan baharu varian Omicron disahkan pada Selasa, terdiri daripada 347 kes import dan 91 kes tempatan. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok