
Sesetengah pengguna kereta api bawah tanah di England tidak memakai pelitup muka. - Gambar Reuters
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di England mencecah paras tertinggi sejak awal tahun ini, mencapai nisbah kira-kira 1 dalam 50 orang pada minggu yang berakhir pada 22 Oktober, kata Pejabat Statistik Kebangsaan Britain (ONS) pada Jumaat.
Purata jangkitan meningkat berterusan bagi lima minggu, berbanding 1 nisbah 55 orang pada minggu sebelumnya, kata ONS.
Kadar kebolehjangkitan 1 nisbah 50 orang dicatat pada minggu terakhir Januari lalu, sejurus sebelum England melaksanakan perintah penutupan atau ‘lockdown’ ketika.
Sejak itu program vaksinasi telah menyekat kes kematian akibat Covid-19.
Tinjauan terbaharu ONS meliputi minggu ketika Britain melaporkan lebih daripada 50,000 kes harian buat kali pertama sejak Julai. Sejak itu, kes yang dilaporkan setiap hari telah menurun.
Peratusan individu yang diuji positif untuk Covid-19 di England juga kekal tertinggi dalam kalangan kanak-kanak.
ONS menganggarkan 9.14 peratus kanak-kanak sekolah dijangkiti Covid-19 pada minggu yang berakhir pada 22 Oktober.
Dengan banyak sekolah mula bercuti minggu ini, Agensi Keselamatan Kesihatan UK menggesa pelajar untuk menjalani ujian sebelum mereka kembali ke sekolah.
UK pada Jumaat melaporkan 43,467 kes baharu Covid-19 dan 186 kematian. – Agensi