Kadar inflasi di Indonesia meningkat mendadak

October 3, 2022 · Dunia

Indonesia juga mengikut tren serantau apabila merekodkan peningkatan kadar inflasi tertinggi, memecah rekod pada 2014.

Setakat September, inflasi Indonesia mencecah 1.17 peratus, kadar tertinggi sejak Disember 2014, akibat kenaikan harga bahan api di negara itu, menurut Statistik Indonesia (BPS) pada Isnin.

Kadar inflasi tahunan meningkat kepada 5.95 peratus tahun ke tahun, lapor Xinhua.

“Lonjakan inflasi disebabkan kenaikan harga bahan api, hingga mewujudkan kadar tarif lebih tinggi bagi pengangkutan awam, perkhidmatan teksi dalam talian, dan harga beras,” kata ketua BPS Margo Yuwono pada sidang media.

Sejak September, Indonesia telah menaikkan harga bahan api domestik sebanyak 30 peratus berikutan tekanan fiskal.

Harga minyak petrol Pertalite, jenis yang paling banyak digunakan di negara ini, dinaikkan kepada 10,000 rupiah (US$0.65) seliter berbanding 7,650 rupiah (US$0.50) sebelum ini.

Berita berkaitan
Harga bahan makanan meningkat pada Februari, 203 barang harga naik: Perangkaan
March 24, 2023· Isu semasa
Bekalan mulai stabil selepas kemasukan telur import: Mat Sabu
March 19, 2023· Isu semasa
Ringgit dijangka berdepan tekanan berterusan
March 11, 2023· Isu semasa
Bahagian Selatan Laut Maluku, Indonesia digegar gempa bumi
March 8, 2023· Dunia
Popular
Bintang badminton Indonesia maut nahas jalan raya
March 21, 2023
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023
Lagi Dunia terkini
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023 · Dunia
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023 · Dunia
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023 · Dunia
Arab Saudi puasa Khamis
March 22, 2023 · Dunia
PRU Thailand 14 Mei, anak gadis Thaksin mahu rebut kerusi PM
March 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok