
Kadar faedah yang lebih tinggi adalah alat yang berkuasa untuk melawan kenaikan harga. - Gambar Reuters
Sekurang-kurangnya 45 negara telah menaikkan kadar faedah dalam tempoh enam bulan lalu apabila bank pusat di Amerika Syarikat (AS), Britain, India dan beberapa negara lain menaikkan kos pinjaman lebih tinggi dengan harapan dapat membendung inflasi paling teruk dalam beberapa dekad.
Rizab Persekutuan (Fed) pada Rabu (15 Jun) menaikkan kadar dasar penanda arasnya – kenaikan ketiga tahun ini dan terbesar sejak 1994.
Beberapa jam selepas tindakan Fed, Brazil, Arab Saudi dan lain-lain mengumumkan perubahan kadar. faedah, dengan Switzerland dan Britain mengikutnya pada Khamis (16 Jun).
Data daripada FactSet menunjukkan kira-kira 45 negara telah menaikkan kadar faedah masing-masing dengan lebih banyak lagi dijangka akan berbuat demikian.
Mengenakan kadar yang lebih tinggi merupakan alat untuk melawan kenaikan harga.
Ianya menjadikan kos akibat pinjaman lebih tinggi, yang akan memberikan beban kepada pengguna dan pengembangan perniagaan, seterusnya menyejukkan pertumbuhan ekonomi dan memperlahankan pengambilan pekerja.
Keadaan ini boleh diterjemahkan kepada pertumbuhan upah yang lebih lemah untuk isi rumah dan mampu mengurangkan kuasa syarikat dalam menetapkan harga yang sekali gus akan menurunkan inflasi.
Ia juga merupakan tindakan pengimbangan yang halus, yang memberi tekanan kepada penggubal dasar untuk mengawal ekonomi tanpa menyebabkan pertumbuhan jatuh. Ahli ekonomi dan pelabur melihatnya sebagai cabaran yang semakin menakutkan.
Apabila Bank Dunia dan institusi lain mengeluarkan ramalan yang suram, kebimbangan mengenai kemelesetan akan meningkat semakin naik.
“Tekanan inflasi yang berterusan dan jangkaan yang semakin merosot memaksa bank pusat menjadi lebih agresif,” kata ahli ekonomi di Barclays.
“Memandangkan keadaan kewangan bertambah buruk dan sentimen menurun, ekonomi sebenar mungkin mengikuti.”
Fed bersedia untuk terus menaikkan lagi kadar faedah tahun ini. Bank Pusat Eropah telah memberi isyarat bahawa ia akan menaikkan kadar itu pada Julai – kali pertama dalam tempoh 11 tahun – dan pelabur semakin percaya ia akan bergerak pantas kerana cuba memperlahankan ekonomi.
Bank of Canada juga mungkin mengumumkan kenaikan yang besar bulan depan, selepas menaikkan kadarnya dua minggu lalu. Peralihan yang sama telah diumumkan oleh kebanyakan ekonomi terbesar dunia.
Bank Pusat Russia pula menaikkan kadar faedah melebihi 20 peratus sejurus selepas negara itu menyerang Ukraine.
Sebelum wabak Covid-19, ahli ekonomi berpendapat bahawa dunia mungkin terperangkap dengan kadar faedah yang rendah, inflasi rendah, pertumbuhan perlahan – dan banyak negara ekonomi dunia mula menurunkan kadarnya.
Tetapi selepas permulaan wabak itu, pakej perbelanjaan melalui rangsangan kerajaan yang bertujuan mengimbangi kejatuhan ekonomi akhirnya mencetuskan permintaan.
Rantaian bekalan terganggu oleh penutupan kilang, masalah perkapalan dan kekurangan buruh. Digabungkan, kuasa tersebut menghidupkan semula tekanan harga yang telah lama tidak aktif.
Setakat ini, inflasi menunjukkan sedikit tanda untuk mereda. Indeks harga pengguna AS meningkat semula awal bulan ini, apabila harga petrol melonjak dan pelbagai barangan serta perkhidmatan meningkat mendadak lebih mahal.
Perang di Ukraine boleh terus menaikkan harga komoditi, manakala usaha untuk membendung Covid-19 di China dan mogok pekerja di Korea Selatan mengancam untuk terus mengganggu pembuatan alat ganti.
Persoalannya sekarang ialah sama ada ekonomi global akan dapat menahan kitaran kenaikan kadar faedah.
tidak seperti mana-mana yang baru-baru ini – dan mungkin pernah – alami. Pandangan tidak menjanjikan.
Perang di Ukraine, penutupan di China, gangguan rantaian bekalan dan risiko stagflasi atau suatu keadaan ekonomi di mana inflasi dan genangan ekonomi berlaku secara serentak dan kekal tidak terhalang untuk suatu jangkamasa yang ketara, menjejaskan pertumbuhan.
Presiden Bank Dunia David Malpass, dalam satu laporan bulan ini berkata bagi kebanyakan negara, kemelesetan ekonomi akan sukar untuk dielakkan. – Agensi