Kabul tegang, Taliban hampir tawan Afghanistan

August 15, 2021 · Dunia

Situasai di ibu negara Afghanistan dilaporkan semakin tegang dengan beberapa negara mula menarik keluar duta dan pegawai diplomatik masing-masing tatkala pejuang Taliban dilaporkan mula memasuki Kabul.

Amerika Syarikat (AS), Britain dan Jerman antara negara yang menghantar anggota tenteranya ke Kabul bagi membantu mengeluarkan diplomat dan rakyat masing-masing dari negara itu.

Pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri Afghanistan melaporkan pejuang Taliban hampir memasuki Kabul tatkala AS memindahkan diplomatnya dari kedutaan menggunakan helikopter.

Pegawai itu memaklumkan pejuang Taliban memasuki Kabul melalui pelbagai arah, namun tidak menyatakan secara terperinci.

Ciapan daripada akaun Twitter Istana Presiden memberitahu bunyi tembakan kedengaran di sekitar Kabul namun menjelaskan ia dilepaskan oleh pasukan keselamatan negara itu yang masih mengawal Kabul dengan kerjasama sekutu antarabangsa.

Pegawai AS pula memberitahu semua kakitangan diplomatnya dipindahkan dari pejabat kedutaan itu di daerah Wazir Akbar Khan. Lebih ramai askar AS telah dihantar untuk membantu pemindahan itu setelah menjangkakan Kabul akan jatuh ke tangan Taliban dalam beberapa hari lagi.

Awal hari ini, Taliban menawan bandar terbesar di barat Afghanistan, Jalalabad tanpa mendapat tentangan, sekali gus membolehkan mereka mengawal salah satu lebuh raya utama di negara itu.

Taliban turut menawan pintu lintasan di Torkham bersempadan dengan Pakistan, meninggalkan lapangan terbang Kabul satu-satunya jalan keluar dari Afghanistan yang masih di bawah kawalan kerajaan.

“Tidak ada pertempuran yang berlaku di Jalalabad kerana gabenor menyerah diri kepada Taliban. Penyerahan diri kepada Taliban adalah satu-satunya cara untuk memastikan nyawa orang awal selamat,” kata pegawai Afghanistan di Jalalabad.

Duta Britain ke Afghanistan pula dibawa keluar dari Afghanistan hari ini selepas tentera United Kingdom (UK) tiba untuk membantu pemindahan pegawai diplomatik dan rakyatnya. – Agensi

Berita berkaitan
Amerika sahkan pembunuhan pemimpin utama Al Qaeda
August 2, 2022· Dunia
China gesa dunia hulur bantuan kepada Afghanistan
June 24, 2022· Dunia
Letupan bom dalam masjid di Kabul korbankan lebih 50 nyawa
April 30, 2022· Dunia
Dua tahanan Amerika di Afghanistan sudah dibebaskan
April 2, 2022· Dunia
Popular
129 maut pergaduhan bola sepak di Indonesia, ratusan cedera
October 2, 2022
Rizab gas dimiliki Rusia selama 62 tahun
September 29, 2022
Hanya 107 ke Thailand melalui Sadao-Bukit Kayu Hitam pada Jumaat
April 3, 2022
Kadar inflasi di Indonesia meningkat mendadak
October 3, 2022
Lagi Dunia terkini
Kadar inflasi di Indonesia meningkat mendadak
10 jam lalu · Dunia
Sejarah hitam bola sepak Indonesia, Presiden arah siasatan segera
October 2, 2022 · Dunia
129 maut pergaduhan bola sepak di Indonesia, ratusan cedera
October 2, 2022 · Dunia
Thailand kembali kepada normal
October 1, 2022 · Dunia
23 pelajar sedang duduki ujian ke universiti maut serangan bom
September 30, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Najib bukan Ahli Parlimen jika pengampunan ditolak, jelas Shafee
9 jam lalu
[VIDEO] Hutang negara dalam dolar AS hanya 5 peratus, kata menteri
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok