Jutaan penduduk Florida bersedia hadapi taufan besar, merosakkan

September 28, 2022 · Dunia

Berjuta-juta penduduk Florida, Amerika Syarikat (AS) sedang bersiap sedia menghadapi gelombang ribut yang mengancam nyawa, angin kuat dan banjir ketika Taufan Ian meluru ke arah pantainya dengan kekuatan kategori empat.

Taufan Ian, yang telah melanda barat Cuba, akan tiba di Florida pada Rabu.

Ribut itu, dengan angin hampir 250 kilometer sejam (km/j), “akan menyebabkan banyak kerosakan”, kata Gabenor Florida Ron DeSantis sambil menggesa penduduk supaya bersedia seperti yang mereka lakukan ketika berdepan puting beliung.

Bercakap pada sidang media beliau menyifatkan ribut itu sebagai “taufan besar” yang semakin kuat.

Ia sedang membentuk ribut kategori lima, katanya, sambil menambah bahawa jambatan ditutup, manakala bekalan elektrik telah pun terputus di lebih 40,000 premis.

Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) berkata ribut itu semakin kuat dan pantas, kini berada di kategori empat daripada lima.

Ribut kategori empat mempunyai angin antara 209 hingga 251 km/j. Tahap kelima bersamaan dengan angin berukuran 252 km/j atau lebih tinggi.

Taufan itu dijangka melanda wilayah Teluk Tampa.

Kawasan itu adalah antara tempat paling terdedah di AS untuk dilanda banjir teruk – dan jika Taufan Ian meneruskan laluan seperti jangkaan, kawasan itu akan menjadi yang pertama dilanda taufan besar di rantau itu sejak 1921.

“Sudah kira-kira 100 tahun sejak Tampa terkena badai langsung. Mereka baru sahaja bernasib baik untuk masa yang lama,” kata Erik Salna, Pengarah Bersekutu Pusat Penyelidikan Taufan Antarabangsa.

Peningkatan paras laut dan populasi yang ramai meningkatkan risiko lonjakan pasang surut yang dahsyat.

Jika terkena secara langsung, rantau itu mungkin “tidak dapat dikenali” dalam beberapa hari akan datang, kata Salna.

Taufan Ian berada kira-kira 75 batu (125km) dari pantai pada 05:00 waktu tempatan (09:00 GMT) apabila NHC mengumumkan ia telah menjadi ribut kategori empat, seperti yang dilaporkan oleh pemburu taufan tentera udara. – Agensi

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024· Isu semasa
Anwar sahkan akan hadir ke sidang APEC walaupun digesa boikot
November 7, 2023· Isu semasa
Puting beliung dan ribut melanda Kubang Pasu
October 29, 2023· Isu semasa
Popular
Masalah kebuluran global terus meningkat
November 8, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok