Juruterbang jet tempur lebih terdedah dapat kanser

October 28, 2021 · Dunia

Dalam satu kajian mendapati juruterbang pesawat tempur lebih terdedah dari menghidap penyakit kanser testis dan prostat.

Daily Mail melaporkan, Mei lalu, markas Tentera Udara mengeluarkan satu kajian yang dilaksanakan secara besar-besaran melibatkan lebih 450,000 peserta.

Keputusan kajian menunjukkan 29 peratus dari juruterbang pesawat itu dan pegawai sistem senjata berisiko menghidap kanser testis.

“Terdapat hampir 24 peratus berkemungkinan dikenalpasti melanoma dan 23 peratus berisiko mendapat kanser prostat,” jelas kenyataan itu.

Walaupun begitu, penemuan itu tidak mengejutkan kerana terdapat banyak pakar tentera udara dan orang dalaman mengetahui kenaikan kes terbabit dalam kalangan juruterbang pesawat tempur, namun ia masih mencetuskan kebimbangan.

Sehingga kini, masih tidak dapat dikenalpasti punca juruterbang itu terdedah menghidap kanser tersebut.

“Semua juruterbang pesawat tempur diwajibkan untuk memantau dan membincangkan mengenai laporan ini dengan pakar bedah penerbangan atau penjaga kesihatan bertugas.

“Rawatan untuk perlindungan sinaran ultraungu, kesan terhadap vitamin D, gaya hidup untuk mencegah kanser serta pemeriksaan terperinci kulit melanoma dan kanser prostat perlu dilakukan,” kata perunding perubatan tentera udara, Mejar Brian Huggins.

Pasukan penyelidik tentera udara sudah mengumpulkan data dalam tempoh 30 tahun dari 1970 hingga tahun 2004, dengan melibatkan hampir 34,679 juruterbang jet tempur dan pegawai sistem senjata serta 411,998 juruterbang yang tidak menerbangkan pesawat sepanjang tempoh tersebut.

Berita berkaitan
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023· Politik
‘Semak hansard Parlimen, saya tak kata Menu Rahmah bawa kanser’
February 20, 2023· Isu semasa
Keperluan rawatan kanser holistik
August 27, 2022· Isu semasa
Adibah Noor meninggal dunia, Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga
June 19, 2022· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok