Jurutera beri amaran tiga tahun lalu kondominium tak selamat

June 26, 2021 · Dunia

Pasukan pencari dan menyelamat berdepan situasi berbahaya dalam usaha yang dilihat semakin tipis untuk mengesan mangsa yang mungkin terperangkap dalam runtuhan kondominium Champlain Towers di Surfside, Miami, Amerika Syarikat (AS), Khamis lalu.

Mereka meninjau di bahagian luar, dari atas dan sesetengahnya memasuki terowong dari bawah runtuhan, sementara jentera berat digunakan untuk mengangkat longgokan konkrit yang bertimbun.

Runtuhan awal pagi Khamis ketika penghuni sedang tidur meranapkan sama sekali kondominium 12 tingkat ke dalam cerucuk yang dianggarkan sedalam 20 hingga 30 kaki.

Namun ketika usaha bertungkus-lumus untuk mengesan kira-kira 159 lagi penghuninya yang dilaporkan masih hilang, komuniti di kawasan itu dikejutkan dengan pendedahan dokumen yang memberi amaran keadaan kondominium itu tidak selamat.

Memetik laporan New York Times (NYT) hari ini, seorang jurutera perunding telah memberi amaran tiga tahun lalu bahawa terdapat bukti ‘kerosakan besar struktur’ iaitu pada ‘slab’ konkrit di bawah kolam renang dan banyak keretakan serta runtuhan di garaj parkir bawah tanah.

NYT mengatakan laporan jurutera perunding Frank Morabito pada Oktober 2018 membantu merangka rancangan pembaikan yang akan dilaksanakan segera, tetapi projek itu tidak dijalankan sehingga lebih daripada dua setengah tahun setelah pengurus bangunan diberi amaran.

Akhbar itu mengatakan bahawa persatuan pengurusan kompleks berkenaan mendedahkan beberapa masalah setelah kondominium itu runtuh.

Laporan Morabito menyebut sebilangan besar kerosakan kemungkinan disebabkan oleh pendedahan terhadap udara garam yang menghakis di sepanjang pantai Florida selatan. Kondominium Champlain Towers di Surfside sememangnya terletak di pinggir pantai Miami.

Morabito bagaimanapun tidak memberi petunjuk bahawa struktur kondominium itu berisiko runtuh, tetapi menyatakan bahawa baik pulih diperlukan untuk ‘mengekalkan struktur bangunan’ dan 136 unit kediaman.

“Walaupun sebahagian daripada kerosakan itu kecil, kebanyakannya melibatkan konkrit yang perlu diperbaiki tepat pada waktunya,” kata Morabito.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi Khamis lalu sebahagian besar daripada kondominium 12 tingkat runtuh. Empat mangsa disahkan terbunuh manakala 159 lagi dilaporkan masih hilang. – Agensi

Berita berkaitan
Kedutaan AS hantar tiga notis kepada Malaysia berhubung isu Palestine
October 31, 2023· Isu semasa
Ribuan rakyat berhimpun bersama pemimpin PN di depan kedutaan AS
October 28, 2023· Isu semasa
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023· Politik
Penyanyi rap dibayar AS$100 juta bantu Jho Low henti siasatan AS
April 21, 2023· Isu semasa
Popular
Ujian Covid-19 ketika ketibaan di Thailand dimansuh bermula 1 Mei
April 22, 2022
Penulis ‘The Satanic Verses’ buta sebelah mata, saraf tangan putus
October 24, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok