Jurgen Klopp sambung kontrak dengan Liverpool sehingga 2026

April 30, 2022 · Dunia

Pengurus Jerman Jurgen Klopp menandatangani kontrak baharu yang akan mengekalkannya bersama pasukan Liverpool hingga 2026, umum kelab Inggeris itu pada Khamis.

“Kami akan kekal untuk tempoh dua tahun lagi, menjadikannya empat tahun mulai sekarang. Wow. Itu suatu tempoh yang lama bagi arena bola sepak.

“Terdapat banyak perkataan yang boleh saya gunakan untuk menggambarkan perasaan saya tentang berita ini… gembira, rendah diri, diberkati, istimewa dan teruja,” kata Klopp selepas menandatangani kontrak, lapor Bernama.

Penolong jurulatih Pepijn Lijnders dan Peter Krawietz turut menyertai Klopp menandatangani perjanjian baharu dengan kelab itu.

Klopp, mengendalikan pasukan itu sejak 2015, mengetuai The Reds merangkul kejuaraan liga pertama mereka dalam tempoh tiga dekad pada 2020.

Liverpool turut merangkul gelaran Liga Juara-Juara UEFA, Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab FIFA.

Dengan 79 mata, Liverpool di tempat kedua ketinggalan satu mata di belakang Manchester City dalam kedudukan Liga Perdana.

Kelab Inggeris itu mencatat kemenangan 2-0 ke atas Villareal pada perlawanan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara UEFA di stadium Anfield pada Rabu.

Berita berkaitan
Pengerusi Felda undur diri awal selepas diminta PMO
June 21, 2023· Isu semasa
Proses lantikan KP SPRM perlu lebih telus, kata kumpulan pemantau kepada PMX
May 16, 2023· Politik
Dulu PH juga kata Azam Baki punca rosak institusi, kata PAS
May 13, 2023· Politik
Siasatan kes rasuah, pegawai Sivakumar ditamatkan kontrak: Laporan Malaysiakini
May 4, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok