Junta tentera Myanmar terima tekanan global, bebas ribuan tahanan

July 1, 2021 · Dunia

Tentera Myanmar dilapor membebaskan lebih 2,000 tahanan, termasuk wartawan, yang ditahan atas tuduhan menghasut rakyat mengadakan tunjuk perasaan menentang kerajaan junta.

Pembebasan itu dikatakan dibuat setelah junta tentera mendapat tekanan negara anggota Asean dan blok Barat sejak rampasan kuasa menggulingkan Aung San Suu Kyi pada 1 Februari lalu.

Bagaimanapun, aktivis hak asasi manusia menyifatkan pembebasan tahanan bertujuan mengalih perhatian antarabangsa berkaitan tindakan keras pihak berkuasa ke atas penunjuk perasaan.

Penghapusan dan tindakan keras terhadap etnik minoriti di Myanmar oleh junta tentera mencetuskan kemarahan awam terhadap pasukan keselamatan.

Jurucakap tentera, Zaw Min Tun berkata, kebanyakan mereka yang dibebaskan didakwa menghasut rakyat menyertai tunjuk perasaan menentang junta tentera.

“Sebanyak 2,296 orang telah dibebaskan. Mereka mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan tetapi bukan memegang peranan utama. Mereka tidak ikut serta dalam tindakan ganas,” katanya kepada agensi berita Irrawaddy.

Portal berita Myanmar Now melaporkan wartawannya, Kay Zon Nway dibebaskan setelah 124 hari ditahan atas tuduhan menghasut.

“Seperti tahanan politik lain, dia ditangkap secara tidak adil. Dia telah banyak menderita di penjara. Tetapi hari ini, saya gembira melihatnya lebih bersemangat,” kata Swe Win, ketua editor Myanmar Now.

The Assistance Association for Political Prisoners (AAPP), sebuah organisasi yang berpusat di Thailand, mengatakan pembebasan ini dibuat untuk memberi gambaran bahawa tindakan keras tentera Myanmar telah semakin berkurangan. – Agensi

Berita berkaitan
Kemboja pelawa Malaysia guna produk buluh tempatan, kata PMX
March 28, 2023· Isu semasa
Mahkamah Tentera Myanmar hukum penjara tiga tahun ke atas Suu Kyi
September 29, 2022· Dunia
Polis tembak mati tekong warga asing cuba serang anggota PGA
September 22, 2022· Isu semasa
Kerajaan tak guna dana awam latih pelarian Myanmar: Saifuddin
August 15, 2022· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok