Junta tentera caj RM350 ambil mayat penunjuk perasaan

April 12, 2021 · Dunia

Pihak junta tentera Myanmar dilaporkan mengenakan caj sehingga AS$85 terhadap keluarga yang hendak mengambil mayat penunjuk perasaan yang ditembak, kata aktivis.

Menurut laman Facebook Bago University Students’ Union mayat penunjuk perasaan yang ditembak askar junta kini ditempatkan di bilik mayat.

“Pihak tentera kini mengenakan caj 120,000 Myanmar kyat kepada keluarga yang mahu membawa pulang mayat anggota keluarga mereka yang mati ditembak,” kata laman FB itu.

Radio Free Asia Burma turut melaporkan perkara sama.

Sekurang-kurangnya 82 orang ditembak mati di Bago, 90 kilometer di timur laut Yangon, Jumaat lalu, selepas bandar itu diserbu tentera junta, kata pertubuhan bantuan untuk tahanan politik.

Tentera junta dilaporkan menggunakan mesingan dan pelancar bom tangan untuk menghalang penunjuk perasaan di Bago, menyebakan puluhan lagi cedera.

Lebih 700 orang, kebanyakannya penunjuk perasaan terbunuh sejak tentera merampas kuasa pada 1 Februari lalu.

Sejak itu pasukan keselamatan junta yang terdiri daripada polis, askar dan pasukan elit menjalankan tindakan sistematik untuk mematahkan demonstrasi aman, dengan menahan lebih 3,000 penunjuk perasaan. – Agensi

Berita berkaitan
Kemboja pelawa Malaysia guna produk buluh tempatan, kata PMX
March 28, 2023· Isu semasa
Mahkamah Tentera Myanmar hukum penjara tiga tahun ke atas Suu Kyi
September 29, 2022· Dunia
Polis tembak mati tekong warga asing cuba serang anggota PGA
September 22, 2022· Isu semasa
Kerajaan tak guna dana awam latih pelarian Myanmar: Saifuddin
August 15, 2022· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok