Junta Myanmar sudah tahan 10,000 orang sejak 14 bulan rampasan kuasa

April 1, 2022 · Dunia

Tentera Junta Myanmar sejak rampasan kuasa 14 bulan lalu sudah memenjarakan 10,000 tahanan politik, dakwa pertubuhan hak asasi manusia yang memantau krisis di negara tersebut.

Pertubuhan pemantau itu juda mendakwa kebanyakkan tahanan politik tersebut diseksa dan dikurung dalam keadaan yang menyedihkan.

Jurucakap Persatuan Bantuan Tahanan Politik (AAPP), Aung Myo Kyaw berkata rejim Junta kini bertindak lebih ganas apabila lebih ramai tahanan politik dipenjarakan berbanding sebelum ini sejak berakhirnya pemerintahan tentera yang berakhir pada 2010.

“Kami mendapati lebih banyak tahanan politik dalam sejarah Myanmar bagi tempoh setahun ini,” katanya.

Tahanan politik di Myanmar kini mencecah 10,000 orang pada satu-satu masa ketika rejim itu terus menahan pihak yang disyaki penentang dan dianggarkan setiap hari 20 orang ditahan, menurut AAPP yang mengesan tindakan itu sejak rampasan kuasa 1 Feb tahun lepas.

Angka itu tidak termasuk 3,000 lebih tahanan politik yang ditangkap dan dibebaskan, kebiasaannya selepas mereka menjalani soal siasat secara kejam dan dipenjarakan beberapa bulan.

Hampir 2,000 lagi penentang rejim Junta menyembunyikan diri selepas waran tangkap dikeluarkan dan terdapat juga mereka yang melarikan diri ke hutan untuk menyertai kumpulan bersenjata menentang junta.

Semasa meraikan Hari Angkatan Tentera, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing yang juga ketua rampasan kuasa, menggelar penentang junta itu sebagai “pengganas” dan berikrar untuk “memusnahkan mereka hingga ke lubang cacing.”

Tentera Junta merampas kuasa daripada kerajaan sejak 1962 dan mengambil langkah mengurangkan cengkaman lebih sedekad lalu dan menyaksikan pilihan raya diadakan buat kali pertama pada 2015.

Pembela demokrasi, Aung San Suu Kyi yang ditahan dalam rumah selama 15 tahun mengetuai parti Liga Kebangsaan untuk Demokrasi (NLD) dan menang besar semasa pilihan raya pada 2015 dan membentuk kerajaan dengan berkongsi kuasa bersama jeneral.

Tetapi selepas partinya memenangi undi besar kedua pada 2020, Junta kembali melakukan rampasan kuasa dan memenjarakan Suu Kyi, Presiden Win Myint, dan sekurang-kurangnya 640 pegawai dan pemimpin parti lain, menurut NLD.

Berita berkaitan
Kemboja pelawa Malaysia guna produk buluh tempatan, kata PMX
March 28, 2023· Isu semasa
Mahkamah Tentera Myanmar hukum penjara tiga tahun ke atas Suu Kyi
September 29, 2022· Dunia
Polis tembak mati tekong warga asing cuba serang anggota PGA
September 22, 2022· Isu semasa
Kerajaan tak guna dana awam latih pelarian Myanmar: Saifuddin
August 15, 2022· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok