Junta Myanmar lanjut darurat sehingga 2023

August 2, 2022 · Dunia

unta Myanmar akan melanjutkan tempoh darurat di negara itu selama enam bulan lagi sehingga Februari tahun depan, lapor media kerajaan pada Isnin.

Kali pertama darurat diisytiharkan adalah pada Februari 2021, selepas Jeneral Kanan Min Aung Hlaing menggulingkan kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi yang dipilih secara demokrasi, lapor Bernama.

Akhbar Global New Light milik kerajaan melaporkan Ming Aung Hlaing menyerahkan laporan kepada kerajaan Majlis Pentadbiran Negeri (SAC) untuk membenarkannya berkhidmat selama enam bulan lagi mengikut peruntukan darurat Perlembagaan bagi memboleh beliau menjalankan tugas dengan berkesan.

Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara Myanmar ‘sebulat suara menyokong’ cadangan untuk melanjutkan tempoh pengisytiharan darurat di bawah Seksyen 425 Perlembagaan.

Kerajaan Min Aung Hlaing berjanji untuk mengadakan pilihan raya baharu pada Ogos tahun depan tetapi ramai meragui bahawa ia akan berlangsung dengan bebas dan adil.

Tentera mendakwa rampasan kuasa tahun lalu dilakukan kerana berlaku penipuan pengundian pada pilihan raya umum November 2020 yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada Liga Demokratik Kebangsaan (NLD) Suu Kyi.

Suu Kyi telah ditahan dan menghadapi pelbagai pertuduhan sejak rampasan kuasa.

Menurut Persatuan Bantuan Tahanan Politik, lebih 2,100 orang awam terbunuh sejak rampasan kuasa, terutamanya oleh pasukan keselamatan yang cuba menghentikan pemberontakan yang tercetus kerana membantah rampasan kuasa.

Berita berkaitan
Kemboja pelawa Malaysia guna produk buluh tempatan, kata PMX
March 28, 2023· Isu semasa
Banjir Johor: Tidak perlu isytihar darurat kata PM
March 5, 2023· Isu semasa
Gempa: Erdogan isytihar darurat 3 bulan di 10 wilayah, 13 juta terjejas
February 7, 2023· Dunia
Tak perlu darurat kerana banjir libatkan beberapa negeri sahaja: Zahid
January 28, 2023· Isu semasa
Popular
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok