Junta Myanmar beri amaran tembak kepala penunjuk perasaan

March 27, 2021 · Dunia

Junta tentera Myanmar memberi amaran penunjuk perasaan pro demokrasi akan ditembak di kepala atau bahagian belakang, tatkala aktivis mengajak rakyat mengadakan demonstrasi besar-besaran ketika sambutan hari angkatan tentera negara itu.

Amaran itu tidak menyatakan sama ada pasukan keselamatan sudah diberi kebenaran menembak mati penunjuk perasaan.

Junta tentera sebelum ini mendakwa beberapa kejadian tembak mati berlaku di kalangan penunjuk perasaan, bukan dilakukan pasukan keselamatan.

Semalam, pasukan keselamatan menembak mati empat lagi individu dalam usaha mematahkan demonstrasi, menjadikan jumlah kematian sejak tentera merampas kuasa 1 Februari lalu kepada 320 orang.

Stesen televisyen Myanmar, MRTV mengingatkan: Anda harus belajar daripada tragedi kematian sebelumnya, bahawa anda mungkin akan ditembak di kepala atau bahagian belakang.”

Penunjuk perasaan telah turun ke jalan-jalan raya hampir setiap hari sejak rampasan kuasa yang menyebabkan peralihan Myanmar unuk menjadi sebuah negara demokrasi, semakin perlahan.

Pasukan keselamatan melepaskan tembakan terhadap penunjuk perasaan yang mengibarkan bendera hitam di selatan bandar Myeik, dengan saksi mendakwa dua daripadanya ditembak di kepala.

Setakat ini, data menunjukkan 25 peratus daripada penunjuk perasaan terbunuh akibat tembakan di kepala, meningkatkan kecurigaan bahawa tentera melaksanakan langkah ‘tembak mati’.

Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Myanmar, Christine Schraner Burgener, berkata wanita, belia dan kanak-kanak menjadi antara yang terbunuh.

Seorang anggota tentera mengacukan senjatanya ke arah penunjuk perasaan antijunta di bandar Sanchaung, Yangon. – Gambar RFA

Berita berkaitan
Kemboja pelawa Malaysia guna produk buluh tempatan, kata PMX
March 28, 2023· Isu semasa
Mahkamah Tentera Myanmar hukum penjara tiga tahun ke atas Suu Kyi
September 29, 2022· Dunia
Polis tembak mati tekong warga asing cuba serang anggota PGA
September 22, 2022· Isu semasa
Kerajaan tak guna dana awam latih pelarian Myanmar: Saifuddin
August 15, 2022· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok