Jumlah kematian Covid-19 di Amerika Selatan lebih 1.5 juta

Jumlah kematian disebabkan jangkitan Covid-19 di Amerika Selatan, yang merangkumi 16 negara dan wilayah, mencecah lebih 1.5 juta, semalam.

Angka itu diambil Agence France-Presse (AFP) daripada data rasmi, dengan terdapat lebih dari 1,500,350 kematian dengan hampir 45 juta kes jangkitan virus ini yang direkodkan.

Sehingga semalam, salah sebuah negara Amerika Selatan, Brazil, melepasi 600,000 kematian dan merupakan negara kedua paling teruk dilanda pandemik itu selepas Amerika Syarikat (AS).

Pada masa sama Mexico, Peru, Colombia dan Argentina juga mencatatkan korban tertinggi akibat jangkitan itu.

Selain itu, Peru juga merekodkan 605 kematian mewakili setiap 100,000 penduduk.

Bagi seluruh dunia, pandemik ini meragut lebih 4.8 juta korban dengan lebih 237 juta kes jangkitan melibatkan populasi dunia yang dilaporkan.

Data ini diambil oleh AFP setelah mengumpulkan perkiraan dengan pemerintah negara dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR