
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi.
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi, merombak Kabinetnya pada Rabu (15 Jun) untuk kali ketiga dalam penggal kedua beliau memegang tampuk pemerintahan.
Dalam rombakan itu beliau melantik dua menteri baru. Zulkifli Hasan kini menjadi Menteri Perdagangan manakala Hadi Tjahjanto dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Perancangan Tanah dan Ruang.
Hasan ialah ketua Partai Amanat Nasional (PAN). Beliau sebelum ini adalah Menteri Perhutanan dari 2009 hingga 2014 di bawah pentadbiran bekas Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.
Tjahjanto berkhidmat sebagai Panglima Tentera Nasional Indonesia dari Disember 2017 hingga November 2021. Kementerian Hal Ehwal Hal Ehwal Perancangan Tanah dan Ruang, yang menyelia reformasi tanah, adalah berasingan daripada Kementerian Pertanian.
Jokowi turut melantik tiga timbalan menteri baharu. Mereka termasuk John Wempi Wetipo sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri; Afriansyah Noor sebagai Timbalan Menteri Tenaga Kerja; dan Raja Juli Antoni sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Perancangan Tanah dan Ruang.
Mengulas mengenai rombakan itu, Jokowi berkata menteri-menteri baharu telah dilantik berdasarkan kemampuan mereka.
“Kami melihat rekod prestasi mereka, dan juga terutamanya kemahiran pengurusan kerana mereka bukan sahaja perlu bekerja pada isu makro tetapi juga mikro,” katanya. – Agensi