Jokowi arah pencarian kapal selam secara besar-besaran

April 23, 2021 · Dunia

Presiden Indonesia, Joko Widodo @ Jokowi mengarahkan pencarian kapal selam Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia (TNI-AL) yang hilang di Laut Bali dilakukan secara besar-besaran.

“Saya sudah mengarahkan ketua tentera, ketua staf dan pasukan pencari mengerahkan semua kekuatan dan usaha yang paling optimum mencari dan menyelamat kru kapal selam itu.

“Keutamaan sekarang adalah keselamatan anak kapal,” kata Jokowi.

Ketua Staf Angkatan Laut, Yudo Margono berkata pencarian dilakukan dengan tenang namun bekalan oksigen dijangka habis Sabtu ini.

“Diharapkan oksigen akan mencukupi sebelum mereka ditemui. Kapal selam itu dalam keadaan baik dan dibenar untuk digunakan,” katanya kepada media di Bali.

Indonesia menggunakan helikopter dan lima kapal untuk melakukan pencarian di perairan utara Pulau Bali, tetapi tidak menemui tanda-tanda KRI Nanggala-402, yang hilang pada awal Rabu.

KRI Nanggala-402 seberat 1,395 tan dibina di Jerman pada 1977, dan menyertai armada tentera Indonesia pada 1981. Ia menjalani proses baik pulih di Korea Selatan selama dua tahun dan siap pada 2012.

Pada Rabu, kapal selam berusia 44 tahun, KRI Nanggala-402, sedang mengadakan latihan menembak torpedo di utara Pulau Bali, tetapi kemudian gagal menghantar maklumat dan keputusan ujian pada tempoh ditetapkan.

Pencarian menggunakan pesawat udara menemukan tumpahan minyak dekat lokasi kapal selam menyelam dan dua kapal tentera laut dengan kemampuan sonar dikerahkan untuk membantu pencarian. – Agensi

KRI Nanggala-402 hilang di Laut Bali ketika mengadakan latihan tembakan torpedo pada Rabu.

Berita berkaitan
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023· Isu semasa
Ebit Liew lapor polis, dakwa jadi mangsa fitnah libatkan seorang wanita Indonesia
September 18, 2023· Isu semasa
Bekas ahli politik PKR dikaitkan dengan kes dera pembantu rumah
September 5, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok